• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Bakal Berdepan Situasi Bencana Alam Lebih Kerap

oleh Mohd Arshad
29/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sekumpulan pakar bencana dan cuaca tempatan berpendapat Malaysia akan terus berdepan situasi bencana alam luar biasa yang lebih kerap pada masa akan datang.

Perkara itu dikongsi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad selepas mengadakan sesi libat urus bersama sekumpulan tujuh penyelidik berkenaan, hari ini.

Abd. Latiff berkata, penyelidik tempatan itu juga meramalkan bencana alam mungkin akan berlaku di kawasan yang langsung tidak dijangka.

“Kita tidak mungkin akan menikmati suasana yang aman daripada bencana alam pada masa depan.

“Jika dahulu, bencana alam mungkin berlaku sekali sekala namun, kini ia lebih kerap dan turut melanda kawasan yang tidak difikirkan boleh berlaku bencana,” katanya pada sidang akhbar perkembangan banjir, hari ini.

Katanya, tiada siapa boleh bayangkan daerah Jelebu, Negeri Sembilan yang paling kering itu pun boleh dilanda banjir luar biasa.

Abd. Latiff berkata, beliau menerima pelbagai cadangan, maklum balas dan penambahbaikan perlu daripada pakar dan penyelidik itu untuk dikemukakan kepada Jemaah Menteri kelak.

“Kertas cadangan itu akan saya bentangkan pada mesyuarat Kabinet pertama tahun depan yang dijadualkan pada 12 Januari 2022.

“Saya harap kerajaan dapat terima cadangan mereka dgn terbuka kerana mereka turut berada di lapangan dan lokasi bencana,” katanya.

Dalam pada itu, Abd. Latiff berkata, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi mendapatkan info cuaca terkini.

K!Online-

Tags: bencana alamMalaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Lima Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) hari ini secara terbuka mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

“Nama Tanah Melayu Telah Berakhir” – Veteran DAP

“Nama Tanah Melayu Telah Berakhir” – Veteran DAP

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim menegaskan nama Tanah Melayu telah berakhir dengan berkuatkuasanya Perlembagaan Persekutuan. Menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd