Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Sharifah Sakinah Selamat Lahirkan...

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon Sharifah Sakinah yang baharu sahaja selamat melahirkan anak sulung...

100 Tahun Tambak Johor...

JOHOR BAHRU : Sambutan 100 tahun Tambak Johor akan memperkukuh dan mengeratkan lagi...

Cabaran Malaysian Tigress Pada...

JAKARTA – Cabaran skuad hoki wanita negara pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 berakhir...

Mengapa Perdana Menteri Membisu...

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang mempersoal sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Masukkan Bukti Baharu

PUTRAJAYA: Permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu bagi dipertimbangkan dalam rayuan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya ditolak Mahkamah Rayuan hari ini.

Ia selepas panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera mendapati Najib gagal menunjukkan bukti itu adalah perlu dan tiada keadaan istimewa bagi membolehkan ia diterima mahkamah.

Mahkamah pada masa sama memutuskan bahawa prosiding keputusan esok akan diteruskan secara dalam talian.

Najib sebelum ini merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkannya bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atas tujuh kesalahan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC.


Pada 2 Disember lalu, peguamnya memfailkan permohonan memasukkan bukti dan keterangan baharu yang didakwa boleh mengubah keputusan Mahkamah Tinggi.

Bukti baharu yang didakwa Najib, antaranya membabitkan pembabitan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang dikatakan bersekongkol dengan Jho Low atau Low Taek Jho bagi memudahkan ahli perniagaan dalam buruan itu untuk menyeleweng dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya SRC International.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori