• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 30 Mayat Hangus Terbakar Di Myanmar

oleh Mohd Arshad
26/12/2021
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK : Sekurang-kurangnya 30 mayat ditemui rentung dalam kenderaan yang dibakar, dalam serangan disyaki dilakukan junta tentera Myanmar.

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berasaskan kebajikan, Save the Children, turut mendakwa dua kakitangan warga Myanmar hilang selepas penemuan mengerikan itu.

Myanmar berada dalam keadaan huru-hara sejak rampasan kuasa oleh tentera negara itu pada Februari lalu, menyaksikan lebih 1,300 orang terbunuh dalam pertembungan dengan pasukan keselamatan, dakwa kumpulan pemantau tempatan.

Pasukan Pertahanan Rakyat (PDF) digerakkan di seluruh negara untuk melawan junta, sekali gus mengheret tentera ke dalam kancah pertempuran serta tindak balas keras yang membuntukan.

Semalam, terpampang beberapa gambar di media sosial menunjukkan dua trak dan sebuah kereta dibakar di lebuh raya di bandar Hpruso dekat timur negeri Kayah, mengandungi sejumlah mayat yang rentung dalam kenderaan itu.

Seorang anggota kumpulan PDF tempatan mendakwa pejuangnya menemui kenderaan terbabit pagi semalam, selepas mendengar tentera menghentikan beberapa kenderaan di Hpruso selepas bertempur dengan anggotanya kelmarin.

“Apabila kami pergi memeriksa kawasan berkenaan pagi tadi, kami menemui mayat yang rentung dalam dua trak. Kami jumpa 27 mayat,” katanya yang enggan dikenali kepada AFP.

Saksi lain, yang juga enggan namanya disiarkan, mendakwa dia juga ada menemui 27 tengkorak.

“Tetapi terdapat mayat lain dalam trak yang dibakar hangus sehingga menyukarkan kami untuk menghitung banyak mayat yang ada,” dakwanya.

Menurut Ketua Eksekutif Save the Children, Inger Ashing, dua kakitangannya yang juga warga Myanmar, terperangkap dalam tragedi itu dan masih hilang selain mendakwa kenderaan dinaiki mereka diserang dan dibakar.

“Kakitangannya berkenaan sedang dalam perjalanan untuk melakukan kerja kemanusiaan di wilayah terbabit dan kehilangan mereka memaksa kami menggantung operasi di beberapa wilayah.

“Kami ngeri dengan keganasan dilakukan terhadap orang yang tidak bersalah termasuk kakitangan kami, mereka begitu berdedikasi dalam usaha kemanusiaan, menyokong jutaan kanak-kanak seluruh Myanmar,” katanya.

Junta Myanmar pula mendakwa tenteranya diserang di Hpruso kelmarin, selepas cuba memberhentikan tujuh kereta yang dipandu secara mencurigakan.

Menurut seorang jurucakap junta, Zaw Min Tun ketika bercakap kepada AFP, tentera ada membunuh beberapa individu dalam pertempuran itu, namun tiada perincian diberikan.

Badan pemantau, The Myanmar Witness pula menyatakan pihaknya mengesahkan beberapa laporan media tempatan yang memetik maklumat saksi, mendakwa 35 mangsa termasuk kanak-kanak dan wanita dibunuh serta dibakar oleh tentera di Hpruso kelmarin.

Sementara itu, data hasil cerapan satelit menunjukkan terdapat imej api sekitar jam 1 tengah hari kelmarin di Hpruso.

AFP tidak dapat mengesahkan laporan berhubung pertempuran yang berlaku tetapi wartawan verifikasi digital AFP berkata imej berkenaan hanya dimuat naik dalam talian petang kelmarin.

-Berita Harian

Tags: Hangus TerbakarMyanmar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Pusat Hiburan Sasar Warga Myanmar Diserbu, GRO Dibayar Ikut Harga Kalung

Pusat Hiburan Sasar Warga Myanmar Diserbu, GRO Dibayar Ikut Harga Kalung

02/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan yang menyasarkan pelanggan warga asing, khususnya warga Myanmar di Lebuh Pudu di sini, diserbu Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd