• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuota Haji: Kerajaan Tunggu Pengumuman Arab Saudi

oleh Mohd Arshad
01/12/2021
dalam Gaya Hidup, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan masih menunggu pengumuman rasmi kerajaan Arab Saudi berhubung jumlah kuota jemaah haji negara untuk musim haji tahun hadapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, penetapan jumlah kuota itu mungkin memakan masa berikutan prosedur operasi standard (SOP) normal baharu selain pengesanan varian baharu Omicron.

“Wallahu’alam, kita masih belum pasti sama ada varian baharu itu akan merisikokan kita dengan pelaksanaan ibadah haji yang diperketatkan. Saya amat berharap varian baharu itu tidak melibatkan negara kita.

“Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji yang pulang dari sana memaklumkan bahawa Arab Saudi belum lagi membuat sebarang keputusan. Ini kerana mereka memikirkan pelbagai aspek antaranya pelaksanaan SOP dan logistik di sana,” katanya.

Ditanya mengenai sama ada akan mengikut keputusan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi membenarkan wanita mendaftar haji untuk musim lalu tanpa mahram, beliau berkata, pihaknya belum memutuskan soal itu.

“Perkara itu akan diputuskan oleh pihak Penasihat Syariah Tabung Haji untuk membuat pendirian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas program Inspirasi Prihatin Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dan Program Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) di Masjid al-Jawahir, Mutiara Rini, di sini pada Rabu.

Sebelum itu, media pada Mac lalu melaporkan kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota haji untuk setiap negara sebanyak 0.1 peratus daripada jumlah penduduk dan kuota haji untuk Malaysia pada masa ini ialah 31,600.

Bagi musim Haji 1442 hijrah/2021, Arab Saudi mengehadkan ibadah haji hanya untuk rakyatnya dan golongan ekspatriat yang berada di negara itu susulan pandemik Covid-19 yang belum reda.

-Sinar Harian

Tags: Arab SaudiHajikuota haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kuota Haji Sudah Penuh, Penerbangan Pertama 18 April Ini – TH

Kuota Haji Sudah Penuh, Penerbangan Pertama 18 April Ini – TH

18/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan proses tawaran haji musim 1447H/2026M lebih lancar dengan kuota yang diperuntukkan...

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi menetapkan bayaran dam sebagai prasyarat baharu bagi proses pengeluaran visa haji kepada jemaah yang melaksanakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd