• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketersediaan Sumber Biojisim Buka Jalan Ekonomi Kitaran Hijau Malaysia

oleh Mohd Arshad
15/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Ketersediaan sumber biojisim yang banyak dan sektor bioteknologi yang agak matang untuk menjana biotenaga akan membuka jalan kepada hasrat Malaysia untuk menjadikan ekonomi kitaran hijaunya sebagai asas kepada pertumbuhan sosioekonomi, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba.

Berucap pada Asian Biohydrogen and Biorefinery Symposium and Sustainability Challenge (ABBS-SC 2021) ke-16 secara dalam talian hari ini, Dr Adham berkata pengeluaran hidrogen daripada sisa seperti air sisa dan biojisim sebagai alternatif untuk bahan api fosil, akan mendapat permintaan tinggi pada masa hadapan kerana banyak penggunaan hidrogen.

Beliau berkata pelbagai usaha telah dilakukan di universiti tempatan dan institut penyelidikan mengenai penyelidikan asas pengeluaran hidrogen daripada sisa, bukan sahaja daripada industri minyak sawit tetapi juga daripada industri pertanian lain.

“Malaysia perlu memberi tumpuan kepada teknologi hijau, tenaga boleh diperbaharui serta penyesuaian dan mitigasi perubahan iklim. Ini kunci untuk Malaysia menjadi negara maju menjelang 2030,” katanya sambil menambah Malaysia boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi dengan penggunaan biojisim yang efisien.

Menurut Dr Adham, dianggarkan Malaysia mengeluarkan 168 juta tan biojisim setahun termasuk sekam padi, kayu balak, minyak kelapa dan sisa sawit.

“Sumber mampan ini boleh ditukar kepada produk berasaskan bio baharu termasuk biotenaga, baja bio dan biobahan,” katanya dan menyeru pemain industri untuk beralih kepada bioproduk daripada sumber boleh diperbaharui untuk mengurangkan jejak karbon dan pelepasan.

Simposium berkenaan dianjurkan Pusat Penyelidikan Teknologi Proses Mampan (CESPRO) Universiti Kebangsaan Malaysia dan mengumpulkan pakar membincangkan isu dan cabaran berkaitan bioekonomi dan kemampanan kitaran Malaysia dan di seluruh dunia.

Bernama-

Tags: sosio-ekonomisumber biojisim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belia Sarawak Harap Belanjawan Tangani Isu Sosio-Ekonomi

24/10/2018
0

KUCHING - Golongan belia di Sarawak berharap Belanjawan 2019 yang akan dibentangkan pada 2 Nov ini akan dapat memberikan sedikit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd