• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belia Sarawak Harap Belanjawan Tangani Isu Sosio-Ekonomi

oleh Cj Mnh
24/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Golongan belia di Sarawak berharap Belanjawan 2019 yang akan dibentangkan pada 2 Nov ini akan dapat memberikan sedikit sebanyak bantuan bagi menangani pelbagai isu berkaitan sosio-ekonomi yang dihadapi mereka.

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Fiona Wilson, 23, beliau berharap kerajaan akan membantu menambah peruntukan dalam bentuk bantuan kewangan kepada universiti tempatan, terutama UiTM, bagi menjalankan pelbagai projek penyelidikan dan pembangunan di luar kampus.

Pelajar pengajian perniagaan dari kampus Samarahan dekat sini itu berkata kerajaan juga boleh membantu para graduan dengan menyediakan pinjaman kewangan tertentu dan program perniagaan bagi membolehkan mereka memulakan perniagaan sendiri.

“Usaha mendapatkan pekerjaan ketika ini memang amat mencabar, namun kita tidak boleh bergantung sangat kepada kerajaan, kita juga perlu tekun berusaha sendiri dengan lebih gigih untuk capai kejayaan,” katanya kepada Bernama di sini.

Sementara itu seorang pegawai bank Shairine Sin Liang, 24, berkata beliau optimis belanjawan kelak datang akan membawa berita baik terutama kepada yang sudah bekerja, seperti harga kereta yang lebih rendah, dan sebagainya.

“Saya amat harapkan ada berita baik nanti. terutama dari segi kenaikan gaji minima sebagaimana yang dijanjikan kerajaan menerusi manifesto mereka dalam pilihan raya umum ke-14 lepas. Pendapatan yang diperoleh ketika ini dalam keadaan kos sara hidup yang meningkat, tidak cukup untuk menjalani kehidupan yang berkualiti,” katanya.

Ata Judin, 43, yang berniaga “mee jawa” pula berharap kerajaan menerusi pihak berkuasa tempatan dapat menyediakan satu skim yang akan membolehkan beliau dan lain-lain peniaga kecil meningkatkan perniagaan mereka.

Beliau berniaga di kawasan sekitar Jalan Satok sejak 10 tahun lepas. – BERNAMA

Tags: belanjawansosio-ekonomi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketersediaan Sumber Biojisim Buka Jalan Ekonomi Kitaran Hijau Malaysia

15/12/2021
0

PUTRAJAYA: Ketersediaan sumber biojisim yang banyak dan sektor bioteknologi yang agak matang untuk menjana biotenaga akan membuka jalan kepada hasrat...

Sabah Bentang Belanjawan Lebihan RM4.79 Bilion

03/12/2021
0

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengumumkan peruntukan sebanyak RM4.79 bilion bagi Belanjawan Negeri Sabah 2022 dengan catatan lebihan sejumlah RM110.68 juta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd