• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sasar 60 Peratus Penggunaan RFID Penghujung 2022

oleh Mohd Arshad
20/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya menyasarkan 60 peratus penggunaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) bagi pembayaran tol pada akhir 2022, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, kementerian juga menyasarkan untuk memberhentikan penggunaan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG pada penghujung 2023.

“Kita memahami kebimbangan yang disuarakan semua pengguna lebuh raya dan ingin dijelaskan bahawa buat masa ini, lorong kad Touch ‘n Go serta SmartTAG tetap beroperasi di semua lebuh raya dan ia hanya akan diberhentikan secara berperingkat, mengambil kira kepada kadar penggunaan RFID dan kesediaan lorong RFID,” katanya dalam sesi soal jawab persidangan Dewan Negara, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Aknan Ehtook mengenai perancangan kementerian itu berhubung penggunaan RFID.

Selain itu, Arthur menjelaskan kos RFID adalah jauh lebih murah berbanding Touch ‘n Go serta SmartTAG, selain tidak mempunyai kos penyenggaraan seperti menggantikan bateri sebagaimana penggunaan SmartTAG serta mempunyai kemudahan menambah nilai secara dalam talian.

“Di lorong RFID, kita boleh mendapat laluan sebanyak 1,000 kenderaan sejam, tetapi Touch ‘n Go hanya 550 kenderaan sejam sahaja, bermakna teknologi (RFID) ini memang boleh bantu mengurangkan masalah kesesakan di plaza tol.

“Kerajaan sekarang akan beri diskaun sebanyak RM10 sekiranya kita membeli RFID melalui dompet elektronik atau e-wallet, pada masa sama kita masih lagi mengkaji beberapa kaedah untuk memberikan insentif tambahan seperti pembeli kereta baharu supaya RFID akan dipasang dalam kereta tersebut,” katanya.

Arthur berkata demikian menjawab soalan tambahan Senator Seruandi Saad sama ada kerajaan berhasrat memberikan pemasangan percuma atau subsidi kepada pengguna yang beralih dari Touch ‘n Go dan SmartTAG kepada RFID bagi mengurangkan beban kos yang ditanggung pengguna.

Bernama-

Tags: plaza tolRFID
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rempuh Tembok Plaza Tol LDP, Pemandu Lori Sampah Lelaki Warga Indonesia Diburu Polis

Rempuh Tembok Plaza Tol LDP, Pemandu Lori Sampah Lelaki Warga Indonesia Diburu Polis

11/10/2025
0

Subang Jaya: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai pemandu lori sampah yang terbabas sebelum...

24 Pusat Pemasangan RFID Disediakan Di Lebuhraya PLUS

18/04/2022
0

Kuala Lumpur : Sebanyak 24 Pusat Pemasangan RFID (Identifikasi Frekuensi Radio) disediakan di sepanjang lebuh raya PLUS Malaysia Bhd (PLUS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd