• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kematian Kalangan Tak Vaksin 20 Kali Ganda Lebih

oleh Mohd Arshad
09/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kematian akibat COVID-19 adalah 20 kali ganda lebih tinggi dalam kalangan populasi yang tidak divaksin berbanding populasi yang telah divaksinasi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi akaun Twitternya Dr Noor Hisham berkata trend kematian COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan penurunan dengan liputan vaksinasi yang meluas.

“Data kami (Kementerian Kesihatan) menunjukkan kematian dalam kalangan yang tidak divaksinasi dan sebahagiannya divaksinasi adalah 3,200 orang/kematian bagi setiap satu juta penduduk. Bagi individu yang telah lengkap divaksin adalah 160 orang/kematian bagi satu juta penduduk dan kematian bagi mereka yang telah mendapat dos penggalak adalah empat orang/kematian bagi setiap satu juta penduduk,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata berdasarkan data Kematian COVID-19 Kebangsaan dari 1 Jan hingga 4 Dis 2021, jumlah kematian tertinggi diumumkan pada 11 Sept dengan 592 kes.

Jumlah kematian tertinggi bagi BID iaitu kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital adalah pada 13 Sept dengan 176 kes. Data itu berdasarkan jumlah laporan kematian yang diterima setiap hari, katanya.

Dr Noor Hisham berkata setakat ini bagi tahun 2021 sejumlah 24,014 individu meninggal dunia di hospital dan 6,046 kes BID.

-Awani

Tags: Covid-19DG Hishamkalangan tidak divaksin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd