• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kargo Ditahan Berlabuh Tanpa Kebenaran Di P. Pinang

oleh Mohd Arshad
25/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah kapal kargo yang dipercayai berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan 0.7 batu nautika barat Bagan Ajam, dekat sini semalam.

Kapal kargo ‘MV KONG’ sepanjang 59.97 meter yang didaftarkan di Sierra Leone itu ditahan kira-kira pukul 1.30 petang.

Pengarah Maritim Malaysia negeri, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, hasil pemeriksaan mendapati kapal tersebut dikendalikan sembilan kru dan nakhoda terdiri tiga warga Indonesia serta enam warga Iran berusia antara 34 hingga 47 tahun.

“Pemeriksaan lanjut mendapati mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Kapal dan kru tersebut kemudiannya dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, jika disabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

UtusanOnline-

Tags: berlabuh tanpa kebenarankargo
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

177 Menara Telekomunikasi Terjejas Banjir Di Selangor Pulih

Next Post

Warga Emas Rugi RM697,000 Ditipu ‘Datuk Suhaimi’

Related Posts

Kapal Kargo Mongolia Ditahan Kerana Berlabuh Tanpa Kebenaran

11/06/2022
0

Kota Tinggi : Kapal Kargo yang berdaftar dari Mongolia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana didapati bersauh tanpa kebenaran...

MOT Benarkan Perkongsian Bawa Kargo Mulai 5 Mei

21/04/2022
0

PUTRAJAYA : Syarikat logistik bakal memaksimumkan penggunaan kepala lori (prime mover) dan semi-treler apabila Kementerian Pengangkutan membenarkan perkongsian membawa kargo...

Next Post

Warga Emas Rugi RM697,000 Ditipu 'Datuk Suhaimi'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd