• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

177 Menara Telekomunikasi Terjejas Banjir Di Selangor Pulih

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Sebanyak 177 daripada 342 menara telekomunikasi terkesan akibat banjir yang melanda Selangor pada 18 Disember lalu sudah beroperasi sepenuhnya setakat jam 8 malam tadi, manakala 165 lagi masih dalam peringkat baik pulih.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim, berkata menara paling banyak terjejas adalah di daerah Klang dengan 53, Petaling (52) dan Sepang (28), membabitkan beberapa syarikat telekomunikasi.

Dalam kenyataan hari ini, beliau turut memaklumkan, sebanyak 1,407 pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut terjejas akibat bencana sama, namun 1,260 berjaya sudah dipulihkan, manaka 147 lagi masih dalam proses pemulihan.

“Daripada jumlah ini, 89 pencawang terletak di Shah Alam dan 31 di Sepang, dua kawasan kawasan yang teruk terjejas akibat banjir. TNB sedang giat memulihkan bekalan elektrik di Taman Sri Muda yang melibatkan 67 pencawang.

“Bekalan elektrik ke 30 lokasi sudah dipulihkan dengan menggunakan janakuasa bergerak, manakala tiga lagi lokasi dipulihkan menggunakan bekalan grid biasa,” katanya.

BHonline-

Tags: Banjirmenara telekomunikasi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd