Sample Page Title

AKTRES popular Bollywood, Kareena Kapoor kini sedang menjalani kuarantin selepas disahkan positif virus mengancam nyawa, COVID-19.

Dalam perkembangan terbaharu, Kareena telah peroleh keputusan hasil ujian penjujukan genom bagi menyaring varian Omicron.

Menerusi laporan Brihanmumbai Municipal Corporation, hasil ujian terbabit membuktikan Kareena negatif varian baharu itu.

“Saya positif COVID-19 dan telah segera mengasingkan diri serta mematuhi protokol keselamatan.

“Saya memohon individu yang menjadi kontak rapat saya untuk membuat ujian saringan. Keluarga dan kakitangan saya semua sudah mendapat suntikan vaksin lengkap.

“Mereka tidak menunjukkan sebarang gejala. Syukur. Saya semakin baik dan harap terus sihat,” kata Kareena menerusi kenyataan rasmi kepada media.

Selain Kareena, beberapa selebriti lain turut menjalani ujian saringan sama antaranya Amrita Arora, Seema Khan dan Maheep Kapoor.

Kesemua mereka positif COVID-19 selepas hadir ke parti yang dianjurkan sutradara popular Karan Johar baru-baru ini.


Karan turut mengeluarkan kenyataan rasmi menjelaskan dia bukan menganjurkan parti sebaliknya hanya makan malam bersama individu rapat.

“Saya sekeluarga telah mendapat vaksin lengkap dan melakukan ujian RTPCR, semuanya negatif.

“Malah, saya sendiri telah menjalani ujian dua kali untuk memastikan segalanya selamat dan keputusannya juga negatif.

“Hanya lapan orang yang saya jemput untuk ke rumah saya, ia bukan parti dan kami terus mematuhi protokol keselamatan.

Kami semua terus memakai pelitup muka sepanjang masa,” katanya.

Sehingga kini sebanyak 350 kes membabitkan varian Omicron dilaporkan di Delhi dan Mumbai, India.

-Awani

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...