• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Mangsa Banjir Di Lima Negeri Terus Menurun

oleh Mohd Arshad
28/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Seramai 16,928 mangsa banjir daripada 5,214 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri setakat jam 5 petang tadi.

Jumlah dikongsikan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu mencatatkan penurunan berbanding 20,026 mangsa banjir yang direkodkan pada jam 10 pagi tadi.

Berdasarkan maklumat portal terbabit, sebanyak 107 PPS masih beroperasi di Kelantan, Selangor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan berbanding 130 sebelum ini.

Di Kelantan, seramai 68 mangsa daripada 21 keluarga masih berlindung di sebuah PPS yang masih beroperasi iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, Pasir Mas.

Sebanyak 27 PPS lagi masih beroperasi di Selangor yang menempatkan 5,399 mangsa daripada 1,622 keluarga.

Pahang pula merekodkan seramai 10,735 mangsa daripada 3,539 keluarga ditempatkan di 76 PPS antaranya di Pekan, Temerloh, Maran dan Bentong.

Seramai 53 mangsa membabitkan 17 keluarga masih ditempatkan di dua PPS di Negeri Sembilan manakala sebuah PPS masih beroperasi di Melaka yang menempatkan 26 mangsa daripada lapan keluarga.

Bernama-

Tags: mangsa banjirPPS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd