• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Pandang Ringan Peningkatan Kluster Pendidikan

oleh Mohd Arshad
06/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Peningkatan semula kluster membabitkan institusi pendidikan tidak boleh dipandang ringan memandangkan individu daripada pelbagai isi rumah akan berada dalam ruang dan waktu yang sama.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ketidakpatuhan individu terhadap prosedur operasi standard (SOP) kerajaan akan mencetuskan kluster yang tidak diingini.

Katanya, data yang diperoleh pihaknya mendapati terdapat pertambahan 16 kluster baharu membabitkan institusi pendidikan, iaitu 12 daripadanya berlaku di sekolah menengah dan institusi pendidikan tinggi.

“Walaupun kebanyakan populasi remaja dan dewasa kini sudah lengkap vaksin, Kementerian Kesihatan (KKM) ingin mengingatkan semula bahawa pengambilan vaksin tidak bermakna pematuhan SOP tidak diperlukan lagi.

“Pemakaian pelitup muka dengan cara yang betul dan kebersihan tangan masih lagi penting bagi mencegah jangkitan COVID-19. Elakkan tempat yang sesak kerana penjarakan fizikal juga perlu dijaga.

“Perkukuhkan tindakan kesihatan kendiri dengan mengamalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, and Seek) bagi mendidik diri kita menjadi individu yang bertanggungjawab dan melindungi orang-orang di sekeliling kita daripada risiko jangkitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata Kementerian Pendidikan (KPM) turut mempunyai SOP yang ditetapkan yang perlu dipatuhi oleh guru, petugas, pelajar dan pekerja sokongan.

“Pematuhan SOP oleh setiap individu ini adalah amat penting untuk memastikan tidak berlaku jangkitan COVID-19 dan penularan jangkitan di sekolah serta selanjutnya boleh menyebabkan berlaku dalam keluarga dan komuniti.

“Pematuhan ini bukan sahaja penting pada waktu pembelajaran di dalam kelas dan ketika di dalam sekolah, malah penting juga ketika waktu rehat, waktu menjalankan aktiviti fizikal seperti bersukan, waktu masuk dan pulang dari sekolah, di dalam van dan bas sekolah, serta semasa menjalankan aktiviti harian di dalam komuniti.

“Jangkitan dan penularan boleh berlaku di mana-mana, maka semua pihak perlu peka dan tidak lalai dalam mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, sehingga 4 Disember lalu, terdapat 5,969 kluster sudah dilaporkan dengan 227 masih lagi aktif iaitu penurunan sebanyak 3 peratus berbanding Minggu Epidemik (ME) ke-47.

“Selain itu, sebanyak 48 kluster diisytiharkan tamat pada ME ke-47, lalu menjadikan penurunan sebanyak 14.3 peratus, bagi ME ke-48, terdapat sebanyak 41 kluster sudah dilaporkan.

“Ia membabitkan 21 kluster atau 51.2 peratus kluster di tempat kerja, kluster pusat pendidikan (16 kluster/39.1 peratus), aktiviti keagamaan (dua kluster, 4.9 peratus) dan masing-masing satu kluster atau 2.4 peratus daripada kluster komuniti dan kumpulan berisiko tinggi,” katanya.

Mengulas mengenai indikator jangkitan COVID-19 bagi ME ke-48, Dr Noor Hisham memaklumkan, terdapat penurunan kes dicatatkan sejak dua minggu lalu serta bagi kes kematian pula ia kekal konsisten namun masih menunjukkan penurunan sebanyak 3.3 peratus.

“Selain itu, purata kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) turut menunjukkan penurunan sebanyak 11 peratus iaitu 431 kes pada ME ke-47 kepada 386 kes kepada 386 pada ME ke-48.

“Trend penurunan penggunaan alat bantuan pernafasan bagi kes COVID-19 juga dapat dilihat sejak 16 minggu lalu iaitu pada ME ke-32 dan penurunan kedua-dua indikator ini selari dengan peningkatan liputan vaksinasi seluruh negara yang kini telah mencatat 77.9 peratus bagi populasi di negara ini,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham menjelaskan penurunan yang diperhatikan dalam indikator utama ini bukannya bererti masyarakat kini boleh menjadi alpa dan leka daripada pematuhan SOP semasa melakukan aktiviti sosial dan ekonomi di luar rumah.

BHonline-

Tags: Covid-19Kluster Pendidikan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd