• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Barang Dijangka Kembali Stabil Awal Tahun Depan – PM

oleh Cj Mnh
12/12/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Harga barang yang meningkat kini dijangka kembali stabil pada awal tahun depan setelah lebih banyak negara mula membuka sektor ekonomi masing-masing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata sekatan pergerakan turut dialami oleh negara luar yang mengeksport produk makanan kepada Malaysia sekali gus mengakibatkan penawaran berkurangan.

“Kita ternak ayam tetapi makanan ayam datang dari luar, begitu juga dengan baja dan racun yang diimport dari luar…bila barang sedikit, permintaan banyak, tentu sahaja akan menyebabkan harga naik.

“Saya percaya keadaan ini akan beransur pulih apabila sektor ekonomi masing-masing dibuka dan pengeluaran akan kembali normal dan kita jangka Insya-Allah pada awal tahun depan harga kembali stabil,” katanya ketika berucap pada Program Khatan Perdana Parlimen Bera di Dewan Majlis Daerah Bera Padang Luas di Bera, hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata menyedari rakyat yang terkesan akibat kenaikan harga barang, kerajaan telah menganjurkan program jualan murah yang menawarkan harga barang yang rendah selain memberi peruntukan dan insentif kepada golongan terkesan.

“Untuk bantu kurangkan beban rakyat, saya dimaklumkan harga barang di program jualan murah menawarkan diskaun 20 hingga 50 peratus selain kita juga beri insentif dan subsidi racun kepada petani…harga barang dijangka pulih awal tahun depan,” katanya.

Menurut beliau pelbagai program dan projek akan terus dilaksanakan kerajaan dalam usaha menjaga kepentingan serta kebajikan rakyat bagi mengurangkan beban mereka.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar juga telah menerima peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta antaranya bagi meningkatkan infrastruktur di kawasan luar bandar.

“Peruntukan itu telah ditambah bagi memastikan penduduk luar bandar turut menerima faedah-faedah antaranya kemudahan dari segi jalan kampung dan sebagainya,” kata Perdana Menteri.

Mengulas mengenai program hari ini, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata program seumpama itu dilihat menerapkan konsep Keluarga Malaysia yang dapat mengeratkan hubungan pelbagai bangsa apabila ia turut disertai kaum Cina dan India.

“Bersama-sama kita dapat rapatkan hubungan sesama kita selaras dengan konsep Keluarga Malaysia, malah Keluarga Malaysia ini menerapkan supaya kita jaga keluarga orang lain seperti keluarga sendiri,” katanya.

Program anjuran Pemuda Umno Bera itu disertai kira-kira 350 kanak-kanak berumur antara lima dan 12 tahun yang dikhatankan secara percuma dengan setiap peserta menerima topi keledar sebagai cenderahati.

– Bernama

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

BACA – Harga Sayur, Ayam Dijangka Stabil Januari Atau Februari Depan

Tags: Harga Barang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

18 Pegawai Rendah Polis Johor Dibuang Kerja – Ayob Khan

Next Post

‘Di Asrama Ramai Anak Iblis, Mereka Ikat Kemaluan Aku Kat Kipas’

Related Posts

Harga Barang Terus Naik, MyCC Gagal Hapuskan Kartel

Harga Barang Terus Naik, MyCC Gagal Hapuskan Kartel

02/04/2024
2

KUALA LUMPUR : Harga barang dan keperluan asas terus-terusan naik sejak awal bulan Januari sehingga ke bulan Ramadan menunjukkan Suruhanjaya...

Kementerian Perdagangan Pastikan Harga Barang Stabil

Kementerian Perdagangan Pastikan Harga Barang Stabil

13/09/2022
0

JAKARTA – Menteri Perdagangan Indonesia, Zulkifli Hasan menyatakan bahawa kementeriannya akan memastikan harga barang keperluan asas kekal stabil dalam kalangan...

Next Post

‘Di Asrama Ramai Anak Iblis, Mereka Ikat Kemaluan Aku Kat Kipas’

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd