• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadkan Umur Ketua Pemuda UMNO Tidak Lebih 40 Tahun

oleh Mohd Arshad
12/12/2021
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Had umur Ketua Pemuda UMNO Malaysia perlu diturunkan kepada di bawah 40 tahun seiring memastikan pergerakan itu terus relevan, segar dan muda.

Cadangan itu dikemukakan Ketua Pemuda UMNO Parit, Ahmad Shamil Mohamed ketika berucap pada mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Parit, semalam.

“Bukan seperti sekarang Ketua Pemuda UMNO Malaysia tiada had umur untuk dipertandingkan.

“Survival sayap Pemuda perlu diutamakan dan walaupun perkara ini pernah kita usulkan, kali ini sekali lagi saya mencadangkan agar had umur ahli UMNO bermula pada umur 16 tahun dan diwujudkan kembali Briged Putra,” katanya memetik laporan portal UMNO Online.

Malah, beliau pada masa sama berpandangan satu jawatan tertinggi dalam parti perlu diperuntukkan kepada golongan belia parti itu.

“Selain itu jawatan tertinggi parti, contohnya satu kerusi Naib Presiden boleh dibuka ruang untuk mereka yang berumur 50 tahun ke bawah.

“Baru orang muda tengok UMNO sebuah parti yang relevan kepada orang muda dan memberi peluang kepada orang muda untuk bersama-sama dalam saf kepimpinan parti,” katanya lagi.

Awani-

Tags: Ketua Pemuda UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik...

“Agama Kita Dipermainkan, Bangsa Kita Dihina, Raja Kita Diperlekehkan”

“Agama Kita Dipermainkan, Bangsa Kita Dihina, Raja Kita Diperlekehkan”

07/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menyeru pemimpin Melayu Islam agar berhenti bertelagah sesama sendiri....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd