• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Teknologi Dron Hantar Bantuan, Pantau Situasi Banjir

oleh Mohd Arshad
21/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Pasukan Tindakan Kecemasan Khas Perkhidmatan Dron (PTK2Dron) ditubuhkan bagi membantu usaha kritikal banjir di kawasan terjejas dengan kerjasama beberapa syarikat teknologi dron.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, Melalui PTK2Dron itu, sejumlah 20 dron bersedia untuk diaktifkan bagi tujuan tinjauan dan penghantaran bekalan penting dengan kemampuan muatan sehingga 10 kilogram untuk setiap penghantaran.

Menurut beliau, usaha penggunaan dron bersama Teknologi Park Malaysia (TPM) itu akan memudah cara akses kepada visual dari udara untuk membantu agensi berkaitan menilai keadaan semasa dengan lebih tepat di kawasan terjejas banjir.

“Ini membolehkan pihak terbabit menyampaikan perkhidmatan kecemasan kepada mangsa banjir yang terkandas dan tiada akses kepada rangkaian komunikasi.

“Dron berteknologi tinggi ini juga dapat melakukan penghantaran bekalan asas khususnya ubat dan makanan, terutamanya di kawasan yang sukar dicapai,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Penyelesaian Rawatan Air Teknologi Hijau DeScale di sini hari ini.

Adham berkata, TPM bekerjasama dengan syarikat dron VStream, Alphaswift Industries, Aerodyne Group, Meraque Services dan Geo Precision Tech dengan sokongan Persatuan Aktivis Dron Tanpa Pemandu Malaysia (MUDAS) untuk menyediakan perkhidmatan ini.

Bagaimanapun, ujar beliau, pihaknya kini sedang menunggu kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sebelum dapat menggerakkan dron diberikan lima syarikat berkenaan.

Dalam pada itu, Dr. Adham berkata, cerapan imej satelit yang diperoleh semalam menunjukkan pengurangan kira-kira 60 peratus genangan air di Selangor berbanding pada Sabtu lalu.

“Di Taman Sri Muda dan Seksyen 24 Shah Alam contohnya menunjukkan banjir telah surut dengan kawasan litupan banjir berkurangan daripada kira-kira 5.1 kilometer persegi kepada kira-kira 2.1 kilometer persegi setakat pukul 6 petang semalam.

“Namun cerapan imej satelit di Pahang menunjukkan peningkatan kawasan digenangi air dan susulan itu pemantauan akan diteruskan serta maklumat lanjut keliasan akan dibekalkan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Aerodyne Group, Kamarul A. Mohamed berkatam pihaknya diminta Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi bantuan banjir di negeri itu menggunakan dron.

Kata beliau, dron taktikal dikerahkan bagi mendapatkan maklumat penting seperti arah aliran air, mengesan mangsa yang masih terperangkap serta kaedah terbaik bagi pelaksanaan operasi menyelamat di beberapa kawasan yang teruk dilanda banjir.

“Operasi ini termasuk mengenal pasti punca air banjir lambat surut di beberapa kawasan yang disebabkan oleh saliran yang terhalang.

“Buat masa ini, beberapa lokasi Selangor dengan kawasan seluas lebih 500 hektar dipantau melalui pengaktifan penggunaan dron dengan kemampuan tinjauan dan pengangkutan bekalan kecemasan,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: dronsituasi banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Himpunan Pembangkang: Polis Guna Dron Pantau Pergerakan

Himpunan Pembangkang: Polis Guna Dron Pantau Pergerakan

26/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menggunakan dron bagi memantau himpunan pembangkang ditunjangi PAS di sekitar bandar raya ini. Tinjauan mendapati teknologi itu...

18 Individu Ditahan Iran, Didakwa Bina Dron Untuk Israel

18 Individu Ditahan Iran, Didakwa Bina Dron Untuk Israel

19/06/2025
0

TEHRAN - Polis Iran menahan seramai 18 individu di Mashhad kerana disyaki menjalankan bengkel rahsia pembuatan dron intipan dan serangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd