Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Tiada Letupan Bom Dalam...

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang letupan bom berlaku dalam kebakaran beberapa kenderaan di...

‘Gambar Saya Di Belakangnya...

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu semua pihak termasuk pembangkang...

Mahathir Minta Rakyat Jaga...

KUALA LUMPUR - Menjelang sambutan ulang tahun ke-62 Hari Kebangsaan yang tinggal beberapa...

Jalan Depan Pusat Kiraan...

PORT DICKSON - Jalan Pantai di depan pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis...

Curi Duit RM25 Juta, Pegawai SPRM Ditahan Di Penjara

PETALING JAYA : Seorang daripada tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikaitkan dengan kehilangan duit RM25 juta yang disita badan itu sedang ditahan di Penjara Simpang Renggam, Johor mengikut Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).

Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, pegawai berusia 40 tahun itu menjalani hukuman dua tahun disebabkan terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

“Siasatan dilakukan mengikut Akta LLPK dan pegawai berke­naan sedang menjalani hukuman atas kesalahan berkaitan dadah,” kata beliau ringkas.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Ja­lil Hassan berkata, siasatan salah guna kuasa dan penyelewe­ngan barang kes melibatkan tiga kakitangan SPRM tersebut hampir selesai.

Menurut beliau, kertas siasatan telah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan selanjutnya.

“Kita masih menunggu maklum balas pihak DPP berhubung siasatan berkenaan,” jelasnya.

Sebelum ini, Utusan Malaysia mendedahkan, seorang daripada tiga kakitangan SPRM tersebut disiasat kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah selepas memperoleh kete­rangan beberapa orang saksi.


Siasatan lanjut kemudian dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman bagi mengenal pasti punca bekalan dadah berkenaan diperoleh.

Siasatan awal polis mendapati, pegawai SPRM terlibat disyaki berperanan sebagai tokan namun rangkaiannya tidak terlalu besar.

Sebelum pembongkaran itu, pegawai kanan SPRM gered 44 itu dan dua lagi kakitangan lain ditahan berhubung kehilangan duit barang kes bernilai RM25 juta milik bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid.

Ujian air kencing mendapati pegawai terbabit turut positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan benzo.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori