• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Lelaki 4 Tahun Maut Kereta Terjunam Sungai

oleh Mohd Arshad
26/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia di Hospital Jitra (HJ) selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki bersama keluarganya terbabas dan terjunam ke dalam sungai di Jalan Sungai Korok, di sini, hari ini.

Dalam nahas jam 11.15 pagi itu, mangsa, Haraz Safiy Haniz, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di HJ manakala adiknya, Syafin Haadif, 2, menerima rawatan di Zon Merah hospital berkenaan.

Bapa mangsa, Haniz Mohamad, 35, dari Kampung Sungai Kechik, Kuala Nerang, hanya luka ringan manakala isterinya, Nurul Syahira Zamri, 34, luka pada dahi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, berkata pihaknya menerima laporan kemalangan membabitkan sebuah kereta yang disyaki terbabas sendiri dan jatuh ke dalam sungai berkenaan pada jam 11.29 pagi.

Beliau berkata, siasatan di lokasi mendapati kenderaan yang terbabit masih berada di situ manakala semua mangsa sudah dikeluarkan dari Perodua Myvi itu.

“Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku ketika kereta yang dinaiki kesemua mangsa dari arah pekan Jitra menghala ke Air Hitam.

“Namun setiba di Jalan Sungai Korok, pemandu kereta dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas ke kanan jalan dan terlanggar papan tanda di bahu kanan jalan sebelum terjatuh ke dalam sungai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rodzi berkata, semua mangsa yang berada di dalam kenderaan dikeluarkan oleh pemandu kereta itu.

Beliau berkata, semua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Jitra untuk menerima rawatan.

“Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki berusia empat tahun itu disahkan meninggal dunia pada jam 12.20 tengah hari ketika menerima rawatan di hospital.

“Mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

BHonline-

Tags: budak lelakikereta terjunamsungai
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penjawat Awam Disyaki Rogol, Samun Dua Beradik Ditahan

Next Post

Angka Harian Kembali Menurun Bawah 3,000

Related Posts

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

28/05/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak ditemukan meninggal dunia di belakang Sutera Mall, Jalan Sutera Danga, di sini pagi tadi. Menurut...

Remaja 15 Tahun Lemas Mandi Sungai

Remaja 15 Tahun Lemas Mandi Sungai

31/08/2024
0

TAIPING - Seorang remaja lelaki lemas ketika mandi bersama rakan di Sungai Pecah Batu, Trong di sini pada Sabtu. IKUTI...

Next Post

Angka Harian Kembali Menurun Bawah 3,000

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd