• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersatu Di Ambang Bahaya Jika Gagal Tonjol Kelainan

oleh Mohd Arshad
05/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat berada di ambang bahaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), jika gagal menonjolkan perbezaan atau kelainan dasar dengan parti nasionalisme Melayu seperti UMNO.

Penganalisis Politik, Prof Wong Chin Huat menjelaskan, realitinya Bersatu sukar untuk bertahan kerana produknya yang seakan-akan sama dengan parti terbesar Melayu itu.

Pun begitu katanya, melihat pada kemenangan parti yang ditubuhkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu mengatasi PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini menunjukkan slogan anti rasuah yang dibawa parti itu berjaya menawan segelintir pengundi.

“Sebagai contoh parti yang paling bahaya adalah Bersatu kerana terlalu sama dengan UMNO.

“‘Maka dia (Bersatu) perlu menunjukkan perbezaanya. Di (PRN) Melaka, Bersatu mendahului PKR dengan memenangi dua kerusi.

“Bersatu membawa mesej anti rasuah, ini menunjukkan ada pengundi yang marah kepada perasuah, namun demikian dalam medan perang yang lebih besar iaitu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, Bersatu tidak akan berjaya dengan hanya slogan atau poster menarik yang memaparkan muka Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja.

“Mereka perlu ada pendirian yang lebih mendalam,” katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Chin Huat menegaskan, kalau benar Bersatu memperjuangkan isu anti rasuah, maka parti itu perlu bermula dengan melakukan reformasi di Jabatan Peguam Negara.

“Ini kerana ia (Jabatan Peguam Negara) adalah antara penyebab utama berlakunya fenomena dua darjat, di mana golongan ‘kayangan’ dilepaskan jika melanggar prosedur operasi standard (SOP), manakala orang awam pula dikenakan denda,” tambahnya.

Awani-

Tags: BERSATUUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

06/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO diingatkan supaya tidak tamak dalam soal pembahagian kerusi sekiranya benar-benar mahu menjayakan kerjasama politik...

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

05/09/2026
0

KALAU benar UMNO dan PAS mahu menghidupkan kembali penyatuan ummah buatlah betul-betul. Bercakap soal penyatuan tapi macam-macam cekadaknya. Banyak perbedaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd