• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berita Palsu: ‘Anwar Umum Letak Jawatan’ – PKR

oleh Mohd Arshad
19/12/2021
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PKR menafikan penyebaran surat palsu yang kononnya daripada setiausaha agung parti Saifuddin Nasution mengumumkan Presidennya Anwar Ibrahim meletak jawatan.

Saifuddin ketika dihubungi Malaysiakini mengutuk penyebaran surat di media sosial itu dan mendakwa ia kerja “golongan terdesak yang bertujuan melemahkan PKR.”

“Saya menggesa seluruh anggota PKR bertenang dan mengambil maklumat sahih hanya dari sumber parti

Saya juga menyeru rakyat seluruhnya menolak politik kotor dan adu domba

“PKR akan terus bergerak sebagai parti politik pelbagai kaum untuk membela kehidupan rakyat di atas landasan keadilan,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dalam Komunikasi Whatsapp rasmi parti mengesahkan penyebaran surat palsu berkenaan.

Surat palsu itu menggunakan kepala dan logo parti untuk menyatakan bahawa Anwar berundur sebagai presiden parti untuk bertanggungjawab terhadap prestasi buruk PKR dalam pilihan raya negeri Melaka dan Sarawak.

Ia juga mendakwa Anwar turut melepaskan jawatan sebagai ketua gabungan Pakatan Harapan.

Surat palsu itu juga menyebut Anwar digantikan oleh anak perempuannya Nurul Izzah Anwar sebagai presiden parti dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai pengerusi PH.

MalaysiaKini-

Tags: Anwar Ibrahimletak jawatanPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - "Ini parti derita, tidak mungkin ini terjadi sahabat-sahabat," kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd