• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Air Di Petaling, Kuala Lumpur Pulih Sepenuhnya

oleh Mohd Arshad
23/12/2021
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Bekalan air bagi kawasan di Wilayah Petaling, Hulu Langat dan Kuala Lumpur yang terjejas berikutan henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA) sejak Ahad lalu sudah kembali pulih.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan setakat jam 6 pagi hari ini, pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas mencapai tahap 95 peratus dengan Wilayah Petaling dan Kuala Lumpur pulih 100 peratus, manakala Hulu Langat mencecah 91.4 peratus.

“Bekalan air di 28 lagi kawasan yang masih terjejas di Hulu Langat akibat daripada henti tugas LRA Cheras Batu 11, dijangka pulih sepenuhnya pada jam 10 pagi, esok.

“Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki masih lagi digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas, dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” menurut kenyataan itu.

Kesemua empat LRA itu dihenti tugas berikutan peningkatan paras air serta penutupan bekalan elektrik kecemasan pada Ahad lalu.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.

Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi syairkat berkenaan seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Air Selangor juga ingin menggalakkan para pengguna untuk mengajukan sebarang pertanyaan atau aduan menerusi saluran komunikasi tanpa suara di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

-Harian Metro

Tags: bekalan airkuala lumpurpetaling
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Diminta Berjimat Cermat, Tapi Anjur Festival Muzik Air Rain Rave

Rakyat Diminta Berjimat Cermat, Tapi Anjur Festival Muzik Air Rain Rave

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar mengkritik penganjuran Festival Muzik Air Rain Rave dalam keadaan rakyat diminta...

Pemimpin NGO, Pendakwah Bantah ‘Festival Rain Rave 2026’ di Kuala Lumpur

Pemimpin NGO, Pendakwah Bantah ‘Festival Rain Rave 2026’ di Kuala Lumpur

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Penganjuran Festival Rain Rave 2026 yang didakwa bakal berlangsung di Bukit Bintang mencetuskan reaksi bantahan daripada beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd