KUALA LUMPUR : Pembayaran Bantuan Khas Kewangan 2022 akan ditangguhkan bagi penjawat awam yang tidak mendapatkan dos lengkap vaksin COVID-19.
Arahan untuk ‘membekukan’ bayaran sebanyak RM700 itu diperuntukkan dalam pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang bertarikh semalam.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, berkata hanya pegawai yang tidak mendapatkan suntikan vaksin berkenaan atas sebab kesihatan dan memperoleh pengesahan pengamal perubatan berdaftar, dikecualikan daripada arahan terbabit.
Beliau menjelaskan, penjawat awam hanya layak dibayar bantuan kewangan itu jika melengkapkan dos vaksinasi COVID-19 selewat-lewatnya pada 31 Mac tahun depan.
-berita Harian

