• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta 342 Ditangguhkan, Penting Untuk Dapatkan Pematuhan Rakyat

oleh Mohd Arshad
20/12/2021
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Bacaan kedua dan ketiga Rang Undang-Undang Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 atau Akta 342, sekali lagi ditangguhkan ke sidang Dewan Rakyat akan datang.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, penangguhan itu dilakukan atas permintaan Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi yang dipengerusikan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen.

Penangguhan itu turut dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dalam hal pindaan Akta 342 ini, sangat penting untuk kita mendapat penerimaan rakyat dan juga pematuhan rakyat kerana ini berkaitan langkah-langkah kesihatan awam yang diperlukan untuk kita tangani bukan saja COVID-19, tapi jua apa saja penyakit berjangkit yang akan timbul.

“Akta 342 ini sangat penting untuk kita dapat pematuhan rakyat. Kalau sekiranya kita undi hari ini dan pindaan ini tidak lalui consensus bi-partisan, kita akan ada masalah pematuhan daripada rakyat kerana isu ini mempunyai pandangan berbeza dan tidak ada konsesus,” katanya di sidang Dewan Rakyat hari ini.

Akta 342 itu sepatutnya dibentangkan pada Khamis lepas untuk bacaan kedua dan ketiga, namun ditangguhkan ke hari ini selepas mendapat bantahan beberapa pihak mengenai kandungannya.

Antara yang dibangkitkan ialah mengenai nilai kompaun untuk individu sehingga RM10,000, selain tiada penjelasan mengenai pegawai yang diberi kuasa untuk melaksanakan kompaun.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, sekiranya Akta 342 itu diluluskan pada sidang akan datang, Kementerian Kesihatan akan menerbitkan garis panduan yang lebih jelas tentang pelaksanaan akta berkenaan.

-Awani

Tags: Akta 342ditangguhkanKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

73 Jalan, Lebuh Raya Ditutup Di Selangor

Next Post

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

Related Posts

Tiada Mesyuarat MKT UMNO Hari Ini

Tiada Mesyuarat MKT UMNO Hari Ini

25/01/2023
0

KUALA LUMPUR: Tiada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO diadakan petang atau malam ini yang dilaporkan bagi membincangkan status keahlian...

Zahid Dah Beritahu Sedia Untuk Bertarung, Kata Khairy

Zahid Dah Beritahu Sedia Untuk Bertarung, Kata Khairy

12/01/2023
0

PAU 2022 | Hanya kira-kira tiga jam selepas menganggap langkah mengehadkan pertandingan dalam Umno sebagai suatu "kegilaan" yang mesti dihalang,...

Next Post

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd