Wednesday, May 15, 2024

Creating liberating content

Indonesia Tarik Balik Pembekuan...

Indonesia bersetuju untuk menarik semula sekatan kemasukan pekerjanya ke Malaysia bermula 1 Ogos...

UMNO Dan BN Pahang...

KUANTAN - Badan Perhubungan UMNO Pahang hari ini menyokong penuh tindakan Perdana Menteri...

Kerajaan Umum Paras Kemiskinan...

KOTA BHARU – Kerajaan akan mengumumkan paras kemiskinan baharu menjelang awal tahun depan...

DBKL Sambut Baik Penubuhan...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyambut baik penubuhan pasukan khas...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR : Nilai ringgit lemah berbanding dolar AS ketika dibuka untuk urus niaga pagi ini apabila dolar terus mendapat perhatian, didorong oleh keputusan Rizab Persekutuan yang semakin cenderung untuk menaikkan kadar faedah.

Keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) untuk menggandakan pengurangan pembelian aset kepada US$30 bilion sebulan akan menyaksikan program pelonggaran secara kuantitatif Rizab Persekutuan berjalan lancar untuk dimuktamadkan menjelang Mac 2022, beberapa bulan lebih awal daripada jadual.

Pada 9.20 pagi, mata wang tempatan ialah pada 4.2270/2300 berbanding dolar AS daripada 4.2190/2210 penutupan Jumaat minggu lepas.

Dalam nota penyelidikannya, Kenanga Research berkata langkah itu akan membuka jalan ke arah peningkatan kadar faedah yang lebih awal tahun depan dengan kesemua 18 anggota FOMC menjangkakan sekurang-kurangnya satu kenaikan pada 2022 manakala 12 yang lain meramalkan tiga kali kenaikan 0.25 mata asas.

Justeru, ringgit boleh menyusut 0.01 peratus kepada paras 4.22 minggu ini, katanya.


Ia turut mengunjurkan ringgit akan terus lemah ekoran kebimbangan berterusan mengenai penularan varian Omicron.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakan rendah berbanding mata wang utama yang lain kecuali berbanding euro apabila ia mengukuh kepada 4.7520/7554 daripada 4.7805/7828.

Mata wang tempatan itu susut berbanding pound Britain kepada 5.5906/5946 daripada 5.6180/6203 Jumaat lepas dan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.0915/0941 daripada 3.0899/0919 serta jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.7206/7236 daripada 3.7139/7160 sebelumnya.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori