• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong, Permaisuri Ucap Takziah Kepada Keluarga M Kuppan

oleh Mohd Arshad
31/12/2021
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga lagenda bola sepak negara, Datuk M Kuppan yang meninggal dunia semalam.

Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang dan menzahirkan harapan agar keluarganya sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu ini.

“Seri Paduka Baginda amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan mendiang kepada negara dan menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada dunia bola sepak negara,” katanya.

Menurut catatan itu, mendiang yang berasal dari Pulau Pinang telah mewakili skuad bola sepak kebangsaan selama lapan tahun bermula 1957 hingga 1965, dan semasa hayatnya, mendiang Kuppan turut mewakili pasukan bola sepak Pulau Pinang selama 10 musim sebelum mengumumkan persaraan pada 1967.

Sebagai jurulatih skuad kebangsaan, mendiang pernah membawa Malaysia memenangi Piala Raja Thailand sebanyak dua kali iaitu pada 1975 dan 1976 serta memenangi Piala Merdeka pada 1976.

-Sinar Harian

Tags: AgongM KuppanPermaisuri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Hargai Peranan Kerajaan, Penjawat Awam Atasi Cabaran Negara

Agong Seru Umat Islam Syukuri Aidilfitri, Terus Istiqamah Dan Prihatin Sesama Insan

21/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan seluruh umat...

Agong Titah Jangan Lupa Prinsip Rukun Negara, Kita Tidak Boleh Terima Orang Kurang Ajar

Agong Titah Jangan Lupa Prinsip Rukun Negara, Kita Tidak Boleh Terima Orang Kurang Ajar

21/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya rakyat Malaysia jangan lupa terhadap lima prinsip Rukun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd