• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abang Jo Kecewa Bersatu Langgar Janji Tak Bertanding

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abang Johari Openg meluahkan rasa kecewa terhadap wakil rakyat Krian, Ali Biju dan tiga lagi ahli Bersatu yang membuat keputusan untuk bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Ketua Menteri Sarawak itu berkata ia jelas bertentangan dengan janji yang dibuat parti itu untuk tidak bertanding pada PRN berkenaan.

“Sudah tentu saya kecewa. Terdapat persetujuan bahawa tiada (ahli) Bersatu akan bertanding dalam pilihan raya ini,” katanya pada sidang media semalam, menurut laporan The Star.

Abang Johari, yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), memberi isyarat bahawa dia mengharapkan Bersatu akan mengambil tindakan terhadap ahlinya yang melanggar janji.

Ali memenangi pilihan raya sebelum ini atas tiket tiket PKR tetapi bertukar haluan semasa krisis politik yang dikenali sebagai Langkah Sheraton.

Mereka yang lain yang akan bertanding sebagai calon Bebas bagi menentang GPS adalah ketua Bersatu Hulu Rajang, Siki Balarik (Belaha), ketua Bersatu Kota Samarahan, Ismawi Muhammad (Muara Tuang) dan Ricky Enteri (Bawang Assan).

Abang Johari sendiri akan bertanding di kerusi Gedong, di mana dia akan dicabar oleh Mohamad Sofian Fariz Sharbini dari Parti Sarawak Bersatu (PSB), Kamal Bujang dari Parti Amanah Negara (Amanah) dan Tomson Ango dari Parti Bumi Kenyalang (PBK).

Seramai 1,252,014 pengundi berdaftar layak mengundi pada 18 Dis. Pengundian awal dijalankan pada 14 Dis.

Buat pertama kalinya, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menyertai pilihan raya sepenuhnya sebagai sebuah gabungan.

Empat parti komponennya – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) – keluar daripada BN pada 2018.

-Malaysia Kini

Tags: abang joBERSATU
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa kepimpinan tertinggi dan pengurusan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak meremehkan peranan...

BERSATU Jadi Mangsa Kerakusan, Ketamakan PAS Dan WAWASAN – KP J-KOM

BERSATU Jadi Mangsa Kerakusan, Ketamakan PAS Dan WAWASAN – KP J-KOM

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali meminta PAS tidak 'play victim' (berpura-pura menjadi mangsa)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd