• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

46 Korban Banjir Setakat Pagi Tadi, 5 Lagi Masih Hilang

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sebanyak 46 mangsa korban banjir dicatatkan setakat 4 pagi tadi, dengan lima lelaki di Pahang dilaporkan masih lagi hilang, kata Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 25 kematian dicatatkan di Selangor membabitkan 17 lelaki dan lapan wanita, manakala di Pahang sejumlah 18 kematian membabitkan 12 lelaki, empat perempuan dan dua kanak-kanak lelaki dilaporkan.

Katanya di Kelantan pula dua mayat lelaki dan satu mayat kanak-kanak perempuan telah ditemukan.

“Masih terdapat 334 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tujuh negeri iaitu Kelantan, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Selangor membabitkan 54,532 mangsa banjir,” katanya pada sidang media Ops Banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini hari ini.

Daripada jumlah itu, Pahang mencatatkan jumlah tertinggi mangsa banjir iaitu seramai 29,108 mangsa, diikuti Selangor 23,302 mangsa.

Menurut Acryl Sani 68 lokasi jalan terjejas banjir ditutup antaranya di Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor.

“Sebanyak 15 kes dilaporkan membabitkan 10 laporan pecah rumah dan premis perniagaan serta lima kes kecurian kenderaan di seluruh negara dari 17 hingga 24 Dis,” katanya.

Acryl Sani berkata seramai 377 anggota dikerah di seluruh negara bagi memastikan kes jenayah seperti pecah rumah dan curi kenderaan di kawasan banjir tidak berulang.

– Bernama

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd