• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

444 Kes COVID-19 Dalam Kalangan Mangsa Banjir

oleh Mohd Arshad
31/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Dua lagi kes COVID-19 dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir setakat jam 3 petang tadi, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 444 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata mengikut rekod, jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir seramai 4,520 orang.

Jumlah keseluruhan kes positif di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal 15 selepas tiada penambahan kes baharu hari ini.

“Sebanyak 57 PPS masih beroperasi iaitu 32 di Pahang, Kelantan (17), Selangor (empat), Terengganu (tiga), dan Negeri Sembilan (satu). Jumlah kluster COVID-19 di PPS kekal satu kerana tiada pertambahan kluster baharu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham, berkata 2021 adalah tahun penuh cabaran selepas negara diduga pandemik COVID-19 yang berpanjangan dan diburukkan lagi dengan bencana banjir.

Bagaimanapun, seluruh rakyat Malaysia menunjukkan semangat terpuji dan bersatu terutama pada saat yang amat memerlukan.

“Semoga ia menjadikan kita lebih kuat dan matang dalam menghadapi sebarang dugaan.

“Akhir kata, Kementerian Kesihatan (KKM) ingin mengucapkan selamat tahun baharu kepada semua rakyat Malaysia dan semoga 2022 dapat memberi sinar baharu kepada kesihatan serta kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.

BHonline-

Tags: Covid-19mangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd