• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

414,339 Pencari Kerja Dapat Kerja Melalui MyFutureJobs

oleh Mohd Arshad
08/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Seramai 1.25 juta jumlah pencari pekerja telah didaftarkan dan seramai 414,339 orang pencari kerja telah berjaya mendapatkan pekerjaan melalui MYFutureJobs setakat 12 November 2021.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, meskipun baharu diperkenalkan, pencapaian portal MYFutureJobs perlu dihargai.

Menurutnya, kementerian menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan terus menambah baik program tersebut dari semasa ke semasa.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Rabu bagi menjawab soalan Nik Nazmi Nik Ahmad (PH – Setiawangsa) yang bertanya mengapa PERKESO terlibat di dalam skim insuran kenderaan penjawat awam dan MYFutureJobs.

“Bagi meningkatkan dana pelaburan, kerajaan melalui PERKESO telah mengambil langkah untuk melabur dalam skim insuran kenderaan penjawat awam berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 75, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) yang memperuntukkan wang Pertubuhan yang tidak digunakan dengan segera hendaklah dilaburkan.

“Manakala MYFutureJobs adalah Portal Pekerjaan Nasional yang diperkenalkan untuk membantu majikan dan pencari kerja mendapatkan pekerjaan.

“Pada 18 Disember 2019, Kabinet telah meluluskan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO untuk melaksanakan peranan Perkhidmatan Pekerjaan Awam untuk semua tenaga kerja yang menggantikan JobsMalaysia,” katanya.

Katanya lagi, MYFutureJobs pula mempunyai mandat untuk menjadi satu Portal Padanan Pekerjaan Nasional yang bertindak sebagai platform pasaran buruh aktif.

“Portal ini adalah terbuka kepada awam dan boleh dilayari secara percuma. Tiada sebarang caj dikenakan kepada pencari kerja dan majikan yang berdaftar dan menggunakan portal MyFutureJobs berbanding penyedia perkhidmatan pekerjaan swasta lain,” ujarnya.

-Awani

Tags: MyFutureJobs
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 40,000 Hilang Pekerjaan

07/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Sejumlah 40,680 kes hilang pekerjaan direkodkan dalam negara setakat bulan Ogos lalu dengan purata 5,811 kes setiap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd