• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

40 Ahli PSB Keluar Parti Sertai GPS

oleh Mohd Arshad
12/12/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUKAH : Seramai 40 ahli Parti Sarawak Bersatu (PSB) dari Rumah Panjang Sunny, Penipah di sini keluar parti untuk menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) iaitu parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Bekas Ketua Ranting PSB bagi kawasan berkenaan selaku jurucakap, Nanang Balai berkata, keputusan itu dibuat kerana mereka kecewa dengan parti yang selama ini tidak menunaikan janji dan sering mengelirukan ahli.

“Kami tidak menerima kemajuan, malah bantuan penternakan dan pertanian yang dijanjikan juga tidak ada,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Justeru, katanya dengan memberi sokongan kepada GPS, nasib mereka akan lebih terbela pada masa akan datang.

Menurut Nanang, kira-kira 70 hingga 80 peratus penduduk dari rumah panjang itu yang sebelum ini menyokong PSB telah beralih arah kepada GPS.

Tindakan itu dibuat selepas mendapati parti pembangkang berkenaan gagal menunaikan janji kepada mereka seperti kemudahan infrastruktur, pengukuran tanah hak adat Bumiputera (NCR), bantuan pertanian termasuk perahu untuk nelayan.

Mereka juga sudah serik dengan Pakatan Harapan (PH) kerana turut gagal menunaikan janji yang dibuat sebelum ini.

-Berita Harian

Tags: Ahli PSBGPSLompat Parti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

GPS Tiada Kaitan Kempen PH Di Johor, Kehadiran Menteri Pelancongan Kapasiti Peribadi

GPS Tiada Kaitan Kempen PH Di Johor, Kehadiran Menteri Pelancongan Kapasiti Peribadi

16/06/2026
0

KUCHING – Kehadiran Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dalam kempen pilihan raya di Johor tidak...

“Kau Nak Cakap Aku Lemah, Lembik… Tak Kisahlah” – Marina

“Kau Nak Cakap Aku Lemah, Lembik… Tak Kisahlah” – Marina

01/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim menegaskan pendekatan politik yang diamalkannya dalam menyelesaikan masalah rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd