Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Pengguna Lebuh Raya Diminta...

KUALA LUMPUR - Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) hari ini menasihatkan orang ramai...

Hari Pertama Bertugas Sebagai...

SEPANG - Beberapa jam selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Kesihatan, Datuk Seri...

Lelaki China Tarik 7...

LUAR biasa... Seorang pengamal seni mempertahankan diri dari China ini mampu untuk menarik...

MySJ Trace Boleh Dimuat...

PUTRAJAYA : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia...

3 Sungai Di Kelantan Lepasi Paras Amaran

Situasi semasa tiga sungai di Kelantan telah melepasi paras amaran susulan hujan berterusan di beberapa kawasan sejak tiga hari lepas, setakat pukul lapan pagi ini.

Menurut portal info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga sungai tersebut ialah Sungai Lebir di Kuala Koh, Gua Musang iaitu pada paras 71.76 meter (m), Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (23.19 m) dan Sungai Kelantan di Kampung Jenob, Tanah Merah (23.28 m).

Sementara itu, Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas pula berada pada paras waspada kerana trend air sungai sedang menaik dengan masing-masing merekodkan bacaan 22.43 m dan 7.16 m selain Sungai Relai di Jalan Felda Aring, Gua Musang turut berada pada paras waspada dengan trend menurun.

Terdahulu, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) JPS menerusi kenyataannya semalam telah mengeluarkan amaran banjir akan berlaku di beberapa lokasi di jajahan Kuala Krai, Jeli, Gua Musang, Tanah Merah dan Machang hari ini.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori