Wednesday, April 24, 2024

Creating liberating content

Lima Cedera Letupan Kilang...

MONTREAL - Lima orang termasuk seorang parah dalam letupan di kilang perindustrian di...

Kapal TLDM Selamatkan Bot...

JOHOR BAHARU - Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyelamatkan sebuah bot riadah...

Najib Kutuk Serangan Agen...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutuk...

Kes COVID-19 Thailand Lepasi...

BANGKOK: Angka kes COVID-19 di Thailand melepasi tiga juta pada Sabtu, ketika pihak...

2 Wakil Rakyat Positif COVID-19, Sidang DUN Kelantan Ditangguh

KOTA BHARU : Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ditangguhkan lebih awal berikutan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) positif COVID-19.

Speaker DUN, Datuk Abdullah Ya’kub, berkata selain dua ADUN positif, seorang lagi ADUN menjadi kontak rapat dan beliau terpaksa membuat keputusan menangguhkan persidangan lebih awal daripada jadual hari terakhir yang sepatutnya pada Selasa ini bagi mengelak penularan wabak.

“Saya mendapat maklumat pagi ini, dua ADUN positif COVID-19, iaitu ADUN Tanjong Mas, Rohani Ibrahim dan ADUN Tendong, Mohd Rozi Muhamad, manakala ADUN Kemuning menjadi kontak rapat kerana anaknya positif.

“Sepatutnya kita bersidang selama empat hari iaitu sehingga Selasa ini, namun disebabkan ada ADUN positif, kita mengambil langkah awal dengan menangguhkan persidangan DUN ke tarikh dan masa yang akan diberitahu kelak.


“Alhamdulillah kita dapat tamatkan selepas lulus belanjawan. Mengikut Perkara 29 Peraturan Dewan, Speaker berkuasa untuk menangguhkan dewan pada bila-bila masa,” katanya ketika ditemui selepas Persidangan DUN Kelantan, di sini, hari ini.

Abdullah berkata, semua ADUN sudah menjalani ujian saringan COVID-19, iaitu dua hari sebelum persidangan bermula dan ketika itu semua negatif.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori