• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

139 Positif COVID-19, Babitkan Kluster Di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya

oleh Mohd Arshad
02/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Sejumlah 139 individu disahkan positif COVID-19 melibatkan Kluster Persiaran Tasik yang berlaku di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, setakat jam 3 petang tadi.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ri Ngadiman berkata kes positif yang dikenal pasti terdiri daripada 114 pelajar, 15 guru dan 10 petugas.

“Kes-kes positif akan dirujuk ke PKRC MAEPS manakala kontak rapat akan ditempatkan di stesen kuarantin kerajaan.

“Kesemua 139 kes yang positif COVID-19 berada dalam keadaan stabil dan berada dalam kategori 1 dan kategori 2A (bergejala tetapi risiko rendah),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas berkenaan kes indeks kluster tersebut, Dr Sha’ri berkata ia melibatkan seorang guru yang bergejala pada 22 November dan disahkan positif COVID-19 pada 24 November.

“Hasil saringan kontak rapat telah mengesan tujuh lagi kes iaitu enam pelajar dan seorang lagi guru, lalu Kluster COVID-19 diumumkan pada 29 November 2021 sebagai Kluster Persiaran Tasik.

“Kesemua enam pelajar kini telah dirujuk ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 MAEPS, Serdang manakala kedua-dua guru tersebut menjalani pengasingan di rumah,” katanya.

Tambah beliau, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sepang telah melakukan saringan pada 1 Disember 2021 ke atas 240 pelajar dan seramai 65 kes baharu positif COVID-19 dikesan.

Katanya, proses saringan diteruskan pada 2 Disember 2021 ke atas 523 individu yang terdiri daripada 432 pelajar, 53 guru dan 38 petugas.

Daripada saringan tersebut, 65 kes baharu positif COVID-19 (43 pelajar, 13 guru dan 9 petugas) dikesan.

“Jumlah keseluruhan individu yang disaring sehingga jam 3 petang, 2 Disember 2021 adalah seramai 946 orang (849 pelajar, 59 guru dan 38 petugas),” katanya.

Justeru, katanya PKD Sepang dan pihak sekolah bekerjasama rapat dalam menangani kluster ini dan sebarang maklumat terkini Kluster Persiaran Tasik ini akan dikemaskini untuk makluman umum dari semasa ke semasa.

Awani-

Tags: Covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd