• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Pemuda UMNO Tampin Meninggal Dunia

oleh Cj Mnh
09/11/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin, Muhammad Hafez Hezmi meninggal dunia di kediamannya di Krubong, Melaka, pada usia 38 tahun dipercayai akibat serangan sakit jantung.

Perkara itu disahkan Ketua UMNO Bahagian Tampin, Datuk Mohd. Isam Mohd Isa yang memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.30 pagi tadi.

Menurut Mohd. Isam, berita kematian itu sangat mengejutkan dan adalah kehilangan besar kepada UMNO Bahagian Tampin.

“Malam tadi sekitar pukul 10.45 malam, saya menghubungi Allahyarham untuk ke kedai makan di Simpang Ampat bagi berbincang bersama jentera UMNO Bahagian Tampin. Kami beredar setelah habis perbincangan pada pukul 12 tengah malam.

“Jasa Allahyarham tidak terhitung, Allahyarham banyak berkorban wang ringgit untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan seperti makanan, katil hospital dan kerusi roda,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd. Isam berkata, Allahyarham mudah didekati dan sangat setia kepada pemimpin serta sudah dikenalinya hampir 20 tahun lalu.

Muhammad Hafez sebelum ini pernah memegang beberapa jawatan dalam politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tampin sebelum menjadi Ketua Pemuda Bahagian dan Pengerusi Belia 4B Pekan Gemas sejak tahun 2004.

Allayharham meninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan.

Jenazah dijangka dimandikan dan dikapankan di Masjid Jamek Gemas serta dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Bukit Masjid, Gemas sebelum solat Zohor.

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Tags: meninggal duniaPemuda UMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Tolonglah Jangan Buat Berita Yang Palsu” – Amzar Sabri

Next Post

Pemantau Rasuah Mahu ‘Pendedahan’ Edisi Siasat Disiasat

Related Posts

PM ke-5 Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

PM ke-5 Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

14/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, hari ini....

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

10/04/2025
1

JOHOR BAHRU : Seorang bayi lelaki berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di...

Next Post

Pemantau Rasuah Mahu 'Pendedahan' Edisi Siasat Disiasat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd