• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiket Penerbangan Mahal Hingga 6 Kali Ganda

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Harga tiket penerbangan antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak merekodkan antara satu hingga enam kali ganda lebih mahal bagi tarikh penerbangan antara 2 hingga 8 Nov 2021, berbanding harga tiket pada 2019.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memberitahu Dewan Rakyat hari ini laporan itu adalah berdasarkan pemantauan yang dilaksanakan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) pada 27 Oktober lalu.

Bagi laluan Semenanjung ke Sabah pula, beliau berkata, Mavcom mendapati harga tiket yang lebih rendah antara 30 hingga 62 peratus direkodkan bagi tarikh penerbangan 4 hingga 10 Nov 2021, berbanding harga tiket pada 2019.

“Harga tiket penerbangan yang tinggi ini antara lain merupakan kesan daripada pelaksanaan had kapasiti penerbangan oleh kerajaan negeri sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk membendung penularan wabak Covid-19.

“… kekerapan penerbangan ke Sarawak telah berkurangan sebanyak 86 peratus berbanding sebelum wabak Covid-19 manakala bagi ke Sabah pula kekerapan penerbangan telah berkurangan sebanyak 49 peratus berbanding sebelum wabak Covid-19,” katanya.

Wee menjawab soalan Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang meminta kementerian menyatakan langkah yang diambil kerajaan untuk mengawal jumlah penerbangan dan harga tiket kapal terbang ke Sabah dan Sarawak yang melambung tinggi.

Beliau berkata, kerajaan negeri Sarawak pada 25 Oktober lalu bersetuju membenarkan peningkatan kekerapan penerbangan ke negeri itu daripada 89 penerbangan seminggu kepada 223 penerbangan seminggu, tanpa had kapasiti penumpang, berkuat kuasa semalam.

“Kebenaran ini dijangka akan membolehkan pihak syarikat penerbangan meningkatkan kekerapan operasi penerbangan dan menawarkan harga tiket yang lebih rendah.

“Harga tiket penerbangan bagi laluan ke Sabah dan Sarawak dijangka kembali ke paras purata apabila jumlah kekerapan penerbangan beroperasi seperti biasa,” katanya. – BERNAMA

Tags: sarawaksemenanjung Malaysiatiket penerbangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan khas secara tetap bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 untuk mengisi...

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

23/10/2026
0

KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar pada Isnin depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd