• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SRC International: Rayuan Najib Diputuskan 8 Disember

oleh Mohd Arshad
23/11/2021
dalam Jenayah, Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung hukuman penjara penjara 12 tahun serta denda RM210 juta selepas didapati bersalah atas penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. akan diputuskan pada 8 Disember ini di Mahkamah Rayuan di sini.

Tarikh tersebut dimaklumkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah, Istana Kehakiman di sini melalui satu kenyataan kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Menurut kenyataan tersebut, keputusan yang akan dibuat oleh panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan bersidang bersama-sama Hakim Abdul Karim ialah Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera akan didengar kira-kira pukul 9 pagi.

Pada 8 Disember tersebut, panel terbabit akan membuat keputusan sama ada mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 27 Julai 2020 atau membebaskan Najib daripada sabitan salah yang telah dibuat sekaligus membatalkan hukuman penjara dan denda yang dikenakan terhadapnya.

Bagaimanapun, apa juga keputusan Mahkamah Rayuan pada tarikh tersebut, pihak-pihak yang terlibat; Najib dan pendakwaan, masih mempunyai peluang terakhir untuk merayu iaitu di Mahkamah Persekutuan.

Najib memfailkan notis rayuan tersebut pada 30 Julai 2020 seelpas tidak berpuas hati denga keputusan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd. Nazlan Moh. Ghazali dan rayuan tersebut telah didengar selama 15 hari bermula 5 April lalu.

Ketika memfailkan petisyen rayuannya, Najib mengemukakan 307 alasan kenapa beliau tidak patut didapati bersalah dalam kes itu.

Pada 27 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Najib dengan tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Tujuh pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib membabitkan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa melibatkan dana syarikat itu.

SRC International merupakan syarikat subsidiari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Mohd. Nazlan kemudian menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadap bekas Presiden UMNO itu.

Hukuman tersebut bagaimanapun dibenarkan untuk digantung sementara menunggu rayuan Najib diputuskan.

-Utusan Online

Tags: mahkamahnajibSRC International
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Tiba-Tiba Rindu 1Malaysia, Perpaduan Dan Keharmonian

Tiba-Tiba Rindu 1Malaysia, Perpaduan Dan Keharmonian

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub ISU binaan haram semakin panas. Bukan sekadar debat di media sosial, tetapi sudah sampai tahap dua individu diserang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd