• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Bos SPR Kena Berundur Jika Kurang Separuh Keluar Mengundi’

oleh Cj Mnh
15/11/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Veteran DAP Lim Kit Siang menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh meletakkan jawatan jika kadar keluar mengundi dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka berada bawah 50 peratus.

Menurutnya, sekiranya perkara itu berlaku, SPR jelas gagal menjalankan tugas.

“SPR sepatutnya memastikan seramai mungkin pengundi keluar pada hari pembuangan undi pada 20 November nanti, namun badan itu melakukan hal yang sebaliknya.

“Saya menggesa pengerusi SPR untuk meletak jawatan jika kadar peratusan keluar mengundi pada 20 November ini berada pada tahap di bawah 50%,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, ahli parlimen Iskandar Puteri mendakwa SPR tersasar daripada skop tugasnya.

“Saya menyeru SPR supaya sedar akan tugasnya untuk menjalankan pilihan raya secara bebas, adil dan bersih dengan segera menarik balik larangan kempen fizikal dan membenarkan kempen secara fizikal dijalankan dengan pematuhan SOP ditetapkan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

“SPR harus dilihat bekerja keras dalam memastikan peratusan keluar mengundi dalam pilihan raya negeri Melaka kali ini melebihi paras 70%,” tambahnya.

 

Tags: Kit SiangPRN MelakaSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemuda PAS Melaka Terima Kerjasama Penyatuan Ummah Hadapi PRN

Pemuda PAS Melaka Terima Kerjasama Penyatuan Ummah Hadapi PRN

13/08/2026
0

MELAKA - Dewan Pemuda PAS Melaka menerima dan meluluskan secara sebulat suara cadangan kerjasama Penyatuan Ummah di peringkat negeri bagi...

Adakah PMX Akan Ulangi Dakwaan ‘Sakau’ Di Melaka Jika PH-BN Bekerjasama?

Adakah PMX Akan Ulangi Dakwaan ‘Sakau’ Di Melaka Jika PH-BN Bekerjasama?

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengulangi dakwaan 'sakau' di Melaka sekiranya Pakatan Harapan (PH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd