• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Boleh Nilai 100 Hari Prestasi Menteri, Kementerian

oleh
02/11/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia kini berpeluang membuat penilaian terhadap prestasi 100 hari Menteri dan Kementerian melalui soal selidik di laman MyTinjauanAKM di pautan https://tinjauansoalselidik.mampu.gov.my/ms sehingga 15 November ini.

Menurut laman berkenaan, tinjauan itu diadakan bertujuan mendapat pandangan orang awam terhadap 31 Menteri dan 26 Kementerian dalam Program Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) 100 Hari Pertama Ahli Jemaah Menteri selepas pembentukan kabinet, 27 Ogos lalu.

Soal selidik itu yang bermula semalam, dilaksanakan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Terdapat dua bahagian dalam soal selidik ini iaitu Bahagian A terdiri daripada soalan demografi serta Bahagian B yang mengandungi lima elemen penilaian yang hanya mengambil masa kurang daripada 5 minit.

Sebagai contoh, responden yang memilih menjawab kaji selidik berkaitan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin perlu memberi antara skala satu (lemah) hingga 10 (cemerlang) bagi soalan berkaitan aspek kepemimpinan, integriti, pemikiran strategik, penyelesaian masalah dan komunikasi berkesan.

Soalan yang dikemukakan antaranya merujuk kepada kebolehan beliau membimbing dan menggerakkan aspirasi rakyat bagi mencapai objektif ditetapkan termasuk sama ada Khairy berjaya menetapkan hala tuju dengan jelas bagi mencapai matlamat yang dirancang.

Soalan lain termasuk sama ada beliau memikul amanah dalam melaksanakan tugas, menjana nilai dan nilai tambah baharu kepada perkhidmatan teras agensi serta meluangkan masa untuk mendengar luahan, pandangan dan cadangan rakyat.

Responden yang memilih menjawab kaji selidik mengenai Kementerian Kesihatan pula, perlu memberi skala satu hingga 10 membabitkan tinjauan kepada aspek persekitaran, kebolehpercayaan, responsif, jaminan serta empati kementerian itu.

Tujuannya termasuk bagi meneliti tahap kompetensi kementerian dalam menyampaikan perkhidmatan serta sama ada perkhidmatan diberi mesra pelanggan selain memberi keutamaan kepada golongan yang memerlukan termasuk Orang Kurang Upaya (OKU), wanita hamil dan warga emas.

Bagi aspek persekitaran pula soalan yang dikemukakan merujuk kepada penyediaan kemudahan fizikal contohnya bagi Kementerian Kesihatan (KKM) termasuk di kaunter dan perkhidmatan dalam talian, peralatan serta penampilan warga kementerian atau agensi.

Selain itu, terdapat soalan sama ada kementerian bertindak pantas dalam memberi layanan perkhidmatan serta sama ada warga kerja melindungi maklumat peribadi pelanggan dan memberikan perkhidmatan dalam tempoh ditetapkan.

Orang awam selaku responden juga boleh memberi pandangan dan ulasan mereka di akhir soal selidik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam ucapan Pembentukan Kabinet sebelum ini mengumumkan Menteri di 26 Kementerian dan lima agensi di bawah JPM perlu membuktikan pencapaian awal mereka dalam tempoh 100 hari pertama memegang portfolio.

Ismail Sabri berkata, prestasi Menteri dan kementerian akan dinilai berdasarkan tiga elemen utama.

Ia termasuk Penilaian Prestasi kementerian/agensi, Penilaian Kepimpinan berdasarkan keberkesanan keberhasilan inisiatif serta Penilaian Persepsi Awam terhadap Ahli Jemaah Menteri dan kementerian/agensi di bawah tanggungjawab mereka. – BH Online

Tags: kementerianMenteriMyTinjauanAKMprestasi 100 hari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPT Tiada Kaitan, Tidak Setuju Pengiktirafan UEC?

KPT Tiada Kaitan, Tidak Setuju Pengiktirafan UEC?

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak mempunyai kaitan dengan cadangan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat kemasukan...

‘Masa Saya Presiden Majlis Belia Malaysia, Menteri Gerun Kepada Saya’ – PMX Anwar

‘Masa Saya Presiden Majlis Belia Malaysia, Menteri Gerun Kepada Saya’ – PMX Anwar

15/05/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata para menteri suatu ketika dahulu berasa gerun terhadap beliau semasa memegang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd