• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Istilah Calon Ketua Menteri Sementara

oleh Cj Mnh
15/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA– Pengarah Pilihan Raya Negeri Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tiada istilah calon ketua menteri sementara kerana Barisan Nasional (BN) tetap memutuskan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali sebagai bakal Ketua Menteri Melaka sekiranya BN diberi mandat pada 20 November ini.

Kata Timbalan Pengerusi BN itu, parti telah menetapkan bahawa Sulaiman akan terus memegang jawatan itu sehingga habis penggal.

“Insya-Allah, kalau dipanjang umur Sulaiman Md Ali akan memegang jawatan itu sehingga habis penggal.

“Tiada isu-isu ketua menteri sementara. Ini bukan cerita main-main…ini bukan ketua kampung sebab kita nak menstabilkan kerajaan negeri. Apabila sudah ada kestabilan itu, seorang ketua menteri mesti mentadbir dengan baik dan didukung oleh parti dan disokong oleh rakyat, maka ia harus menumpukan sepenuhnya tumpuan untuk menguruskan dan memakmurkan negeri,” katanya kepada UMNO Online sebentar tadi di sini.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO seterusnya berkata, isu ketua menteri sementara itu hanya mainan politik yang cuba diadu domba serta cubaan meracun minda pengundi di Melaka ini oleh segelintir pihak yang berkepentingan.

“Jadi tak perlu mendengar…pengundi-pengundi dan rakyat Melaka, BN telah pun memutuskan di peringkat tertinggi parti bersama dengan Presiden dan rakan-rakan yang lain bahawa calon kita adalah Datuk Seri Sulaiman Md. Ali yang akan kita lantik dan menguruskan negeri ini sehingga satu penggal,” jelasnya lagi.

Justeru itu, di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini, Mohamad menasihati pengundi agar jangan terpengaruh dengan pelbagai khabar angin yang berlegar-legar.

“Diharapkan rakyat Melaka tidak termakan fitnah termasuk isu-isu yang cuba diputarbelitkan oleh pihak lawan,” ujarnya lagi. – UMNO ONLINE

Oleh: Mohd Saiful Sahak

Tags: PRN MelakaUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS, UMNO Perlu Bertaut Kembali – Khairuddin

PAS, UMNO Perlu Bertaut Kembali – Khairuddin

09/06/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO perlu mencari formula terbaik untuk kembali bertaut demi memastikan masa depan Melayu dan Islam...

Kerjasama UMNO-PAS Mampu Kuasai Lebih 100 Kerusi Parlimen?

Kerjasama UMNO-PAS Mampu Kuasai Lebih 100 Kerusi Parlimen?

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah yang juga ahli PAS, Sabri Mamat menyuarakan harapan Muafakat Nasional (MN) 2.0 antara PAS dan UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd