• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

25 Penyokong PH Berarak Di Telok Mas

oleh Cj Mnh
08/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA: Tindakan calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Ashraf Mukhlis Minghat yang didakwa membawa penyokong di luar pekarangan pusat penamaan calon (PPC) akan disiasat, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintenden Rais Mukhliz Azman Aziz.

Beliau berkata, pihaknya akan membuka satu kertas siasatan berhubung perkara itu dan memaklumkan kejadian berlaku sekitar pukul 9 pagi tadi.

Jelasnya, kumpulan individu berkemeja-T berwarna merah itu dikesan berarak mengiringi Ashraf Mukhlis.

Menurutnya, polis akan mengenal pasti kesemua individu terlibat sebelum siasatan diteruskan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Kita dapati terdapat kehadiran lebih kurang 25 penyokong PH mengiringi calon di kawasan DUN Telok Mas ini dan kertas siasatan akan dibuka.

“Pasukan Cantas Khas kemudian telah bertindak pantas untuk menyuraikan dan memberi amaran kepada penyokong agar mereka bersurai sebelum semua beredar dan berada di luar kawasan dengan jarak lebih 50 meter dari PPC,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan larangan sebarang aktiviti berkumpul dan perarakan penyokong calon bertanding tidak dibenarkan di mana-mana tempat sepanjang tempoh penamaan calon.

Hanya calon, pencadang dan penyokong dibenarkan masuk ke PPC. – UTUSAN MALAYSIA

SEDANG HANGAT DIBACA >> ‘Saya Anak Jati Melaka, Saya Boleh Cakap Melayu’

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Tags: PRN Melaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah PMX Akan Ulangi Dakwaan ‘Sakau’ Di Melaka Jika PH-BN Bekerjasama?

Adakah PMX Akan Ulangi Dakwaan ‘Sakau’ Di Melaka Jika PH-BN Bekerjasama?

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengulangi dakwaan 'sakau' di Melaka sekiranya Pakatan Harapan (PH)...

PRN Melaka: BN Pilih PN Atau PH?

PRN Melaka: BN Pilih PN Atau PH?

09/08/2026
0

MELAKA - Perkembangan politik semasa mennyaksikan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing mengharapkan kerjasama Barisan Nasional (BN) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd