PUTRAJAYA – Jumlah pesakit sembuh hari ini merekodkan sebanyak 4,551 kes, iaitu rendah berbanding pesakit baharu dengan angka kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,455,767 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu merekodkan sebanyak 5,143 kes termasuk 13 kes import, dengan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 2,551,452 kes.
“Daripada jumlah kes harian dilaporkan, sebanyak 126 kes (2.4 peratus) kategori tiga, empat dan lima serta 5,017 kes (97.6 peratus) kategori satu dan dua.
“Terdapat 526 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 250 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah beliau, sebanyak tiga kluster baharu dikenal pasti dengan jumlah kluster aktif sebanyak 250 kluster.
-Kosmo Online

