• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Pertama Suara Nobita Meninggal Dunia

oleh Mohd Arshad
12/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMILIK suara pertama watak Nobita dalam siri kartun popular Jepun Doraemon, Yoshiko Ota, meninggal dunia baru-baru ini akibat kegagalan jantung pada usia 89 tahun.

Menurut laporan berita NHK, Ota menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital di wilayah Kanagawa Jepun pada 29 Oktober.

Bagaimanapun, The Theatre Echo Company, di mana dia ditugaskan sebagai pengalih suara, hanya mengumumkan kematiannya pada 8 Nov.

Ota adalah pemilik pertama suara Nobita pada 1973.

Selain Doraemon, Ota juga telah meminjamkan suaranya kepada watak anime ikonik yang lain seperti Leo dalam 1966 Jungle Emperor Leo, Atsuko Kagami dalam 1969 Himitsu No Akko-chan, dan Baby Panda dalam Panda! Go, Panda!

Ota dilahirkan di wilayah Hyogo pada 25 April 1932, dan menghabiskan sebahagian besar masa mudanya di sana.

Pada tahun 1947, dia menyertai teater muzikal Takarazuka Revue, di mana dia bertemu suaminya dan yang juga pelakon suara, Osamu Saka.

Pada 2016, Ota menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Festival Anime Tokyo atas sumbangannya kepada karya animasi.

Awani-

Tags: Doraemon
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pameran Doraemon Tak Diluluskan Promosi TMM 2020

24/04/2019
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menafikan pameran lukisan bertemakan kartun animasi terkenal Jepun, Doraemon sebagai sebahagian bahan tarikan...

TMM 2020: Apa Rasional Pilih Doraemon?

24/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Balai Seni Lukis Negara bercadang mengadakan pameran lukisan bertemakan kartun animasi Doraemon sempena Tahun Melawat Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd