• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pameran Doraemon Tak Diluluskan Promosi TMM 2020

oleh
24/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menafikan pameran lukisan bertemakan kartun animasi terkenal Jepun, Doraemon sebagai sebahagian bahan tarikan dan promosi pelancongan sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020).

Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi Balai Seni Negara, Datuk Rashidi Hasbullah adalah bersifat peribadi dan bukan yang dipersetujui oleh kementerian bagi tujuan promosi TMM 2020.

“Saya tidak pernah meluluskan sebarang gerak promosi yang melibatkan watak kartun animasi Jepun itu dan ia sama sekali tidak termasuk dalam promosi kita.

“Sebaliknya, ia adalah kenyataan peribadi pengerusi beliau ketika menghadiri majlis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Mac lalu. Ia cadangan beliau dan jika perkara itu diangkat kepada saya, saya tidak akan luluskan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan Mohamaddin hari ini bagi mengelakkan kekeliruan umum berkenaan promosi negara menjelang TMM 2020 yang tular sejak semalam.

Jelasnya, jika perkara mempromosi watak kartun animasi Jepun itu benar-benar berlaku, sudah pasti ia dijelaskan beliau ketika sesi sidang akhbar prestasi kementerian pada Isnin lalu.

“Perkara tersebut sama sekali tidak berlaku. Jika benar ia berlaku sudah pasti saya akan mengangkat perkara tersebut ketika sesi sidang media tempoh hari.

“Saya berharap orang ramai tidak terkeliru dengan apa yang diviralkan di media sosial dan saya berharap kenyataan ini dapat memberi gambaran jelas kepada umum.” katanya.

Tambah Mohamaddin jika benar beliau mahu mengangkat watak animasi, sudah semestinya beliau akan memilih watak kartun yang popular di Malaysia dan bukannya dari negara lain. – K! ONLINE

Tags: DoraemonTahu Melawat Malaysia 2020
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Pertama Suara Nobita Meninggal Dunia

12/11/2021
0

PEMILIK suara pertama watak Nobita dalam siri kartun popular Jepun Doraemon, Yoshiko Ota, meninggal dunia baru-baru ini akibat kegagalan jantung...

TMM 2020: Apa Rasional Pilih Doraemon?

24/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Balai Seni Lukis Negara bercadang mengadakan pameran lukisan bertemakan kartun animasi Doraemon sempena Tahun Melawat Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd