Sample Page Title

BANGI – Pas mengesahkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 18 Disember ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, walaupun jumlah kerusi yang bakal dipertandingkan pada PRN Sarawak masih dalam penelitian, Pas akan bertanding kurang daripada 11 kerusi, tidak seperti PRN Sarawak sebelum ini.

Malah, beliau berkata, penyertaan Pas pada PRN Sarawak kali ini dijadikan sebagai kayu pengukur gerak kerja parti tersebut di negeri berkenaan.

“Pas sudah banyak kali bertanding di Sarawak dan Pas Sarawak memutuskan bahawa mereka akan turun bertanding pada kali ini.

“Jumlah kerusi masih sedang diteliti, namun ia tidak besar. Dulu kita bertanding sebanyak 11 kerusi, tapi kali ini mungkin tak sampai jumlah tersebut untuk melepaskan angin orang politik.

“Kita nak lihat prestasi petugas-petugas yang perlu diberi latihan. Disebabkan kita berdepan PRN Sarawak dalam norma baharu, mereka bersedia dengan suasana tersebut,” katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Denai Sungai Langat di sini pada Selasa.


Sementara itu, Tuan Ibrahim turut menafikan dakwaan bahawa Pas menentang penyertaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam PRN tersebut.

Ujar beliau, setiap parti politik mempunyai hak untuk bertanding dan mereka juga ada keperluan berbuat demikian.

“GPS bukan komponen dalam Perikatan Nasional (PN). Mereka hanya mesra dengan kerajaan Pusat, jadi saya fikir tujuannya bukan untuk menstabilkan politik di peringkat Pusat.

“Bagi Pas, yang menjadi komponen dalam PN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kita sambut baik bukan sahaja Sabah dan Sarawak, malah mana-mana pihak yang menyokong kestabilan politik negara,” kata beliau.

-Sinar Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...