• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Mangsa Banjir Kedah Terus Meningkat

oleh Mohd Arshad
02/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 546 orang membabitkan 160 keluarga yang dipindahkan ke 10 Pusat Pemindahan Banjir (PPS) di empat daerah iaitu Pendang, Kota Setar, Baling dan Pokok Sena setakat jam 8 pagi ini.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff, berkata PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar di Kota Setar menunjukkan pertambahan seramai 46 mangsa daripada 11 keluarga dipindahkan berbanding 20 mangsa daripada enam keluarga yang dilaporkan, jam 8 malam tadi.

Beliau berkata, selain itu, mangsa banjir di Pendang yang dipindahkan ke PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah turut meningkat kepada 199 mangsa daripada 51 keluarga berbanding 188 mangsa daripada 49 keluarga yang dilaporkan, malam tadi.

“Selain itu, PPS Surau Permatang, Pokok Sena kekal 22 mangsa daripadalapan keluarga manakala PPS Masjid Sungai Durian di daerah sama ditutup sepenuhnya semalam, selepas semua mangsa dibenarkan pulang.

“Di Baling, tujuh PPS masih aktif iaitu SK Tanjung Pari menempatkan seramai 24 mangsa daripada lapan keluarga, PPS SK Siong (21 mangsa daripada lapan keluarga), PPS Banggol Deram (46 mangsa daripada 10 keluarga) dan SK Titi Gantung (14 mangsa daripada 4 mangsa),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Muaz berkata, PPS Tengku Putera di Baling pula mencatatkan mangsa seramai 26 orang daripada lapan keluarga, SK Pulai seramai 124 daripada 42 keluarga dan PPS Keda seramai 24 mangsa daripada 10 keluarga.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan mangsa banjir di Baling masih kekal seramai 279 orang daripada 90 keluarga.

“Anggota APM di seluruh kawasan yang terjejas banjir di negeri ini sedang melakukan pemantauan paras air bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin dan memindahkan mereka jika perlu,” katanya. – BH Online

Tags: BanjirKedahmangsa banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd