• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Perintah Bekas Exco Dan Dua Lagi Bela Diri

oleh Mohd Arshad
07/11/2021
dalam Jenayah, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, memerintahkan bekas Exco Johor, Datuk Abd Latif Bandi membela diri terhadap 37 pertuduhan rasuah.

Arahan bela diri atas pertuduhan sama itu turut membabitkan anak lelakinya, Ahmad Fauzan Hatim, dan perunding hartanah, Amir Shariffuddin Abd Raub.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie, selain mengenepikan keputusan dibuat Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 21 April 2019 yang membebas dan melepaskan tiga tertuduh berkenaan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM1.1 juta dengan menggunakan cagaran hak milik tanah, selain sebutan semula kes akan dibuat di Mahkamah Sesyen (Rasuah) Johor Bahru, jam 11 pagi pada 14 November ini.

Timbalan Pengarah I Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, ia menunjukkan pihaknya memang bersungguh-sungguh dalam menangani isu rasuah.

“Mahkamah juga memutuskan bahawa kesemua elemen di bawah Seksyen 16 dan elemen persubahatan dibuktikan secara prima facie dan juga kes AMLA (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001).

“Anggapan di bawah Seksyen 50 bahawa ia diterima secara rasuah telahpun diaktifkan. Sekarang, pihak tertuduh mesti menjawab semua pertuduhan terbabit.

“Untuk semua pertuduhan, mahkamah memerintahkan untuk bela diri dan hakim memutuskan bahawa keputusan Hakim Mahkamah Sesyen adalah salah kerana tidak mempertimbangkan banyak isu penting dalam kes terbabit,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah di sini, hari ini.

Terdahulu, pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Wan Shaharuddin dibantu Timbalan Pengarah II Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Ahmad Akram Gharib, selain Mahadi Abdul Jumaat, Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Zander Lim Wai Keong.

Manakala, Abd Latif, anak lelakinya dan Amir Shariffuddin diwakili peguam, Datuk Hasnal Redzua Merican dan Datuk Sallehudin Saidin.

Sementara itu, Sallehudin berkata, keputusan Mahkamah Tinggi itu bukan pengakhiran buat anak guamnya kerana masih belum disabitkan.

“Anak guam kami amat menghormati segala proses undang-undang dan sentiasa hadir di mahkamah,” katanya.

Pada 14 Jun 2017, Abd Latif, Ahmad Fauzan Hatim dan Amir Shariffuddin masing-masing menghadapi empat pertuduhan membabitkan aktiviti pengubahan wang haram.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Sebelum itu, Abd Latif, Ahmad Fauzan Hatim dan Amir Shariffuddin masing-masing turut menghadapi 33 pertuduhan berasingan membabitkan rasuah bernilai RM30.3 juta mengikut Seksyen 28 (1) (C) Akta SPRM 2009.

-Harian Metro

Tags: bekas excomahkamahrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa gembira Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak lagi dilabelkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd