• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah London Benarkan M’sia Cabar Penyelesaian 1MDB-IPIC

oleh Mohd Arshad
05/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Mahkamah di London, United Kingdom membenarkan kerajaan Malaysia untuk meneruskan cabarannya terhadap penyelesaian yang dicapai sebelum ini dengan syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) berhubung 1MDB.

Bloomberg semalam melaporkan hakim Andrew Baker membenarkan lanjutan masa untuk tuntutan dibuat agar kes “luar biasa” itu dapat melalui perbicaraan penuh.

Dia memutuskan 1MDB boleh mencabar keputusan timbang tara yang dibuat London Court of International Arbitration (LCIA) pada 2017 melibatkan IPIC, walaupun ia difailkan 511 hari selepas tarikh akhir statutori.

“Pastinya ini adalah tempoh lanjutan yang luar biasa untuk diberikan, tetapi ini adalah kes yang di luar biasa,” katanya ketika menyampaikan keputusan.

Dalam cabaran terhadap keputusan timbang tara itu, kerajaan Malaysia mendakwa penyelesaian yang dicapai tidak sah ketika ditanda tangan memandangkan IPIC dan Aabar Investments tahu berkenaan dakwaan penipuan (fraud) terhadap perdana menteri ketika itu, Najib Razak.

Kes di mahkamah London itu adalah salah satu daripada sejumlah siasatan kawal selia dan perundangan melibatkan 1MDB di seluruh dunia, termasuk di Amerika Syarikat dan Malaysia.

Kedua-dua pihak bertembung di mahkamah London, dengan pemfailan mahkamah mendakwa IPIC dan Aabar berpakat dalam penipuan dalam 1MDB.

Jika perbicaraan ini berpihak kepada kerajaan Malaysia, ia akan dapat meneruskan tuntutan yang dibuat di mahkamah.

“Keputusan ini akhirnya akan membenarkan mahkamah komersial untuk meneliti sepenuhnya aspek penting dalam penipuan 1MDB sebagai sebahagian daripada proses telus dan terbuka,” kata Richard Little, peguam daripada firma Eversheds Sutherland yang mewakili 1MDB dan menteri kewangan Malaysia, seperti dipetik Bloomberg.

Peguam IPIC dan Aabar Investments dilaporkan enggan mengulas berkenaan perkara itu.

Tags: 1MDBIPIC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd