• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Terkena Renjatan Elektrik Ketika Bantu Padam Kebakaran

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BELUD : Seorang lelaki terkena renjatan elektrik ketika membantu memadamkan kebakaran sebuah rumah di Kampung Suang Punggur pada malam Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu, mangsa Mohammad Azhar Julin, 20, terpaksa dihantar ke Hospital Kota Belud dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.28 malam dan seramai 11 anggota bersama dua jentera dikejar ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 10 kilometer dari balai.

Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal serta turut memusnahkan sebuah motosikal.

“Ketika kejadian, ada penduduk kampung yang kebetulan berada berhampiran di kawasan berkenaan dan bertindak cuba membantu memadam api sebelum pasukan bomba tiba.

“Bagaimanapun, salah seorang penduduk terkena renjatan elektrik ketika membantu memadamkan kebakaran itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun berada dalam keadaan sedar dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Mangsa dihantar ke hospital menggunakan ambulans Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Pada masa sama, usaha memadamkan kebakaran segera dilakukan dan api berjaya dikawal sepenuhnya dan operasi ditamatkan pada jam 11.50,” ujarnya.

-Awani

Tags: kebakaranKota Beludrenjatan elektrik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JAIS Belum Dapat Maklumat Sahih Pemilik Sebenar Premis Penyembelihan Ayam Guna Renjatan Elektrik

JAIS Belum Dapat Maklumat Sahih Pemilik Sebenar Premis Penyembelihan Ayam Guna Renjatan Elektrik

03/11/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mendapatkan maklumat lanjut bagi mengenal pasti pemilik sebenar sebuah premis penyembelihan...

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

30/10/2026
0

Oleh Mynewshub Dua Singapura dan satu Korea Selatan turut dinamakan JAKARTA: Di sebalik desakan sesetengah pihak di Indonesia yang menuding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd