Tuesday, September 26, 2023

Creating liberating content

KSN Saran Nasi Bungkus,...

PUTRAJAYA - Semua jamuan anjuran peringkat kementerian dan jabatan kerajaan diminta tidak menyediakan...

Ayda Jebat Kesal Dicop...

SESIAPA pun akan berang dan kecewa apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menyamar atau menggunakan gambar...

Kapal Tangki Ditahan Gagal...

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili menahan...

2 Pasangan Regu Campuran...

KUALA LUMPUR - Dua pasangan regu campuran negara mara ke suku akhir ketika...

Lebih 2.5 Juta Populasi Remaja Di M’sia Lengkap Divaksin

Seramai 2,589,925 individu atau 82.3 peratus daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima vaksin COVID-19 setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 2,755,745 individu atau 87.6 peratus daripada populasi remaja pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 95.6 peratus atau 22,390,580 individu dewasa telah lengkap vaksinasi manakala 97.8 peratus atau 22,914,289 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19, setakat semalam.

Sebanyak 36,028 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 2,244 dos pertama, 4,325 dos kedua, dan 29,459 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,938,646.

-Malaysia Kini

Kategori

Leave a Reply