• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Rogol Meningkat Di Kelantan – Polis

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS: Jumlah kes rogol membabitkan remaja berusia 18 tahun ke bawah di Kelantan meningkat berbanding tahun lepas.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, sejumlah 93 kes dilaporkan sepanjang tahun ini, meningkat tujuh kes berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Tahun lepas 86 kes, tahun ini 93 kes. Naik tujuh kes. Ini ialah kes yang dilaporkan kepada pihak polis,” kata Shafien.

Tambahnya, daerah Kota Bharu merekodkan kes tertinggi diikuti Bachok.

Shafien berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan terdapat kes yang tidak dilaporkan dan sengaja disembunyikan oleh keluarga.

Terdapat kes yang membabitkan seks ‘suka sama suka’ dan ada juga kerana dirogol teman lelaki yang kebanyakannya membabitkan remaja bawah 18 tahun.

Katanya lagi, kebanyakan laporan yang dibuat disebabkan kes sudah terbongkar dan diketahui ibu bapa atau laporan dari pihak hospital.

Kebanyakan kes rogol yang dilaporkan itu berjaya diselesaikan dengan tangkapan dan pendakwaan.

Shafien dalam pada itu berkata indeks jenayah di Kelantan bagaimanapun mencatatkan penurunan sebanyak 1,652 kes berbanding 2,097 kes pada tahun lalu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita malam tadi.

Awani-

Tags: Kelantankes rogol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk...

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali mendakwa terdapat lambakan pelarian Rohingya di Kelantan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd